Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorMA

Rentas 13 Negara Dengan Hanya Berbasikal

By 27 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Pejabat ADUN Parit Yaani (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Seorang anak jati Parit Yaani, Batu Pahat Johor merupakan individu pertama berbasikal mengelilingi dunia bersama rakan seperjuangannya merentas sebanyak 13 buah negara sejauh kira-kira 16,000 kilometer.

Muhammad Amir Arsad, 28 berbasikal mengelilingi dunia bersama rakan seperjuangannya Mohd Azmeer Faiq Mohd Rusli, 29 dan Muhammad Faizul Abdul Malek, 27 selamat tiba di tanah air pada 9.30 pagi kelmarin.

Ketibaannya mereka di Stesen Teksi Padang Besar disambut dengan air mata kesyukuran kedua ibu bapanya dan turut sama hadir menyambut kepulangan mereka adalah Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dan juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris.

Aminolhuda Hassan bergambar kenangan bersama team pengembara basikal yang diketuai Amir Arsad

Aminolhuda Hassan bergambar kenangan bersama team pengembara basikal yang diketuai Amir Arsad

13 buah negara yang dilalui oleh Muhammad Amir dan rakan beliau antaranya United kingdom, Eropah, Asia Tengah, China, Kemboja dan Thailand.

Pengembaraannya selama lebih setahun adalah tanpa sebarang tajaan dari mana-mana pihak dan kesungguhan serta minatnya sendiri sehingga mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Pelbagai cabaran dilalui sepanjang perjalanan antaranya mereka tiada tempat berteduh ketika musim sejuk dan cuaca melampau serta pernah disalah anggap sebagai pengganas oleh badan keselamatan kerajaan Kazakhtan sehingga disoal siasat selama lima jam.

Penyampaian cenderamata sebagai penghargaan tamatnya pengembaraan mengelilingi dunia

Penyampaian cenderamata sebagai penghargaan tamatnya pengembaraan mengelilingi dunia

“Kerajaan Negeri Johor akan mengusahakan insentif untuk Muhammad Amir yang merupakan anak Johor pertama mengembara mengelilingi dunia dengan menaiki basikal sebagai tanda penghargaan dan sokongan di atas usahanya mengharumkan nama Negara,” ujar Aminolhuda Hassan.

“Dia juga turut akan diraikan dengan berbagai majlis keraian apabila tiba di Johor nanti,” tambahnya lagi.

EM

Tinggalkan komen anda