Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Krisis Air Klang Menyatupadukan Masyarakat – Charles Santiago

By 15 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: A.Prabagaran (Klang)

KLANG, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Umum mengetahui bahawa krisis air yang berlaku di kawasan Klang akibat kejadian paip air pecah telah menjejaskan aktiviti seharian penduduk, namun ia juga banyak terdapat pengajaran yang boleh dipelajari.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata krisis air tersebut menyatukan masyarakat dan penduduk tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa.

Katanya, krisis air tersebut menyaksikan ramai pihak sama ada secara berkumpulan atau individu berganding bahu membantu penduduk yang terjejas khasnya umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

“Semasa Krisis air berlaku, warga Klang berganding bahu untuk membantu satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.

“Krisis air ini juga memberi pengajaran besar kepada semua pihak untuk menjimat bekalan air. Terima kasih kepada pihak yang turun membantu tanpa mengharapkan sesuatu,” katanya.

Beliau berkata sedemikian, pada Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Klang di Surau Darul Muhibbah Flat Sri Angkasa Bayu Perdana, di sini semalam.

Ahli Parlimen Klang menyampaikan sumbangan kepada 42 fakir miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal serta warga emas yang turut dihadir lebih 200 penduduk Flat Sri Angkasa termasuk ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sejak minggu lepas, masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Klang berlaku susulan tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping.

Kejadian itu menjejaskan pengguna di 65 kawasan sekitar Klang namun selepas seminggu ia berlaku hampir 99 peratus bekalan air telah pulih.

-NAZ

Tinggalkan komen anda