Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Lebih Daripada 24 Etnik, Bukan Penghalang Perpaduan Sabah – Shafie

By 11 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Juslie Bacle/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

TONGOD, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian etnik tidak menghalang semangat perpaduan dan kesatuan masyarakat.

Shafie ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan N.47 DUN Kuamut

Shafie ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan N.47 DUN Kuamut

Demikian menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat DUN Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Pekan Tongod, pada Sabtu.

“Kepelbagaian agama, etnik serta budaya telah menjadi teras kepada kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara maju, di mana rakyatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman dan harmoni.  

Orang ramai mendengar ucapan dari Shafie.

Orang ramai mendengar ucapan dari Shafie.

“Walaupun kita terdiri daripada lebih 24 kumpulan etnik dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus menghormati dan bersama-sama memelihara perpaduan kaum yang telah sekian lama terbina demi kesinambungan perpaduan negara dan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun merupakan satu langkah dan amalan yang dilihat mampu  memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

Shafie (empat dari kanan) mengetam padi sebagai simbolik pelancaran Pesta Kaamatan N.47 DUN Kuamut.

Shafie (empat dari kanan) mengetam padi sebagai simbolik pelancaran Pesta Kaamatan N.47 DUN Kuamut.

“Budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita, perlu diterapkan di kalangan masyarakat dan generasi sekarang kerana melalui budaya, kita dapat mempelajari bahasa lain, saling hormat menghormati dan mewujudkan kasih sayang sesama kita,” ujarnya.

Antara acara dan aktiviti diadakan pada sambutan kali ini ialah persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum, pertandingan akhir Sugandoi, Unduk Ngadau Kaamatan dan sebagainya.

Shafie (dua dari kanan) menyampaikan Geran Native Title (NT) kepada KK. Keng Tawaki sebagai wakil penerima penduduk Kg.Kitumbalang.

Shafie (dua dari kanan) menyampaikan Geran Native Title (NT) kepada KK. Keng Tawaki sebagai wakil penerima penduduk Kg. Kitumbalang.

Turut berlangsung ialah penyerahan geran tanah kepada 60 individu dari lima buah kampung iaitu Kampung (Kg) Pinangah, Kg Kironggu, Kg Entilibon, Kg Kitumbalang dan Kg. Talibu dengan keluasan keseluruhan 492 ekar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kuamut (ADUN N.47) Datuk Masiung Banah dan Pegawai Daerah Tongod, Rashid Abdul Harun.

EM

 

Tinggalkan komen anda