Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuanMA

MKN Yakin Kerjasama Rakan Strategik Pelihara Keselamatan Labuan

By 26 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 26 Mei ( Malaysiaaktif) – Kerjasama rakan strategik dalam kalangan Agensi-agensi Keselamatan Negara memainkan peranan cukup besar dalam memelihara keselamatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Pengarah Keselamatan Negeri,
Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah, Wilayah Persekutuan Labuan kini sedang ke arah fasa pembangunan di mana pelbagai usaha sedang giat dirangka dan dijalankan oleh kerajaan khususnya untuk membangunkan sosio dan ekonomi Labuan ke arah yang lebih jauh kehadapan.

“Dalam usaha ke arah kemajuan dan pembangunan tersebut, aspek dan elemen keselamatan dilihat sentiasa perlu menjadi keutamaan dan perhatian.

“Justeru, MKN khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan ini melihat pentingnya rangkaian kerjasama di antara agensi keselamatan sedia ada bersama agensi kerajaan yang lain dan stakeholder-stakeholder terlibat bergerak secara strategik dalam berdepan dengan isu-isu keselamatan samada yang bersifat lokal mahupun global.

Nurzalizah semasa berucap pada Majlis Permuafakatan Agensi Strategik Keselamatan Wilayah Persekutuan Labuan

Nurzalizah semasa berucap pada Majlis Permuafakatan Agensi Strategik
Keselamatan Wilayah Persekutuan Labuan

Inisiatif ini dilihat amat signifikan dalam kita melaksanakan setiap peranan kita mengikut agensi masing-masing,” katanya ketika berucap di Majlis Permuafakatan Agensi Strategik Kesamatan Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.

Tambahnya, perkongsian maklumat, perbincangan, permuafakatan dan kerjasama bersepadu di antara agensi-agensi keselamatan mampu membawa Wilayah Persekutuan Labuan membangun dengan harmoni dan selamat.

“Dalam mendepani cabaran yang semakin besar dan ancaman-ancaman yang bersifat pelbagai dari fizikal dan bukan fizikal ini, tanggungjawab terhadap keselamatan negara juga perlu digalas secara bersama oleh setiap agensi-agensi kerajaan yang ada,” katanya lagi.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussein; Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail; Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Muhamad Farid Ahmad; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Agensi-agensi Kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan.

EM

Tinggalkan komen anda