Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Cegah Kemalangan

By 30 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

SUNGAI DUA, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Sempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfiti tidak lama lagi, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Pulau Pinang mengambil inisiatif mengadakan program advokasi khas keselamatan jalanraya bertempat di sebuah stesen minyak, di sini semalam.

Program yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, ini bertujuan menyampaikan maklumat mengenai keselamatan jalan raya khasnya bagi pengguna kenderaan serta penunggang motosikal.

Zakiyuddin menyeru kepada orang ramai supaya bertimbang rasa semasa di jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

“Sudah tentu jumlah kenderaan di jalan raya akan meningkat kerana masing-masing mahu sampai ke destinasi kampung halaman masing-masing.

YB Dato' Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, ketika menyampaikan ucapan perasmian

Datuk Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, ketika menyampaikan ucapan perasmian

“Sikap bersabar dan berkhemah di jalan raya serta mematuhi peraturan akan dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan,” katanya.

Menurut Zakiyuddin, kerajaan negeri sedang berusaha dalam pelaksanaan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya bagi mengurangkan kadar kemalangan maut untuk memastikan keselesaan pengguna diutamakan.

“Kerajaan negeri menyasarkan dalam tempoh 12 tahun ini pembangunan berkonsepkan ‘people centric‘ yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat dengan penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan sistem jaringan jalan raya sedia ada, program-program bantuan, transformasi pendidikan dan sebagainya sedang dan akan dilaksanakan untuk merealisasikan Penang 2030,” ujarnya lagi.

Tambah Zakiyuddin, isu-isu ‘mat rempit’ masih menjadi penyumbang utama angka kematian dan kerajaan memandang serius masalah ini serta memohon pihak-pihak berkuasa membendung masalah ini daripada meningkat.

GAMBAR KENANGAN- antara tetapu jemputan yang hadir.

GAMBAR KENANGAN- antara tetamu jemputan yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MJKR) Pulau Pinang Datuk Azhar Arshad, serta Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang Thukah Thevi a/p N. Munusamy.

Tinggalkan komen anda