Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pejabat Konsulat Sepanyol di Kota Kinabalu Kukuhkan Hubungan Malaysia – Sepanyol

By 10 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Pembukaan pejabat konsulat Sepanyol di Kota Kinabalu pada Khamis, mampu mengukuhkan hubungan baik antara Malaysia dan Sepanyol.

Jose (tengah) berbual dengan Tun Juhar (kanan) sambil disaksikan oleh Yong (kiri).

Jose (tengah) berbual dengan Tun Juhar (kanan) sambil disaksikan oleh Yong (kiri).

Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, Jose Miguel Corvinos Lafuente berkata pejabat itu penting untuk memastikan kebajikan sebilangan rakyatnya yang bekerja atau melancong ke negeri ini.

“Selain mengukuhkan hubungan baik, pembukaan pejabat konsulat ini juga bertujuan membantu warga Sepanyol sepanjang berada di negeri ini,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Dr Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini. 

Jose (kiri) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Tun Juhar (kanan).

Jose (kiri) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Tun Juhar (kanan).

Sementara itu, Konsulat Kehormat Negara Spain, Datuk Peter Paul Yong pula menyatakan langkah itu dapat memperkasakan sektor pelancongan Sabah memandangkan rakyat Sepanyol merupakan pelancong kedua terbesar di dunia selepas Perancis.

Untuk rekod, terdapat 19 pejabat konsulat di Sabah antaranya Konsulat Indonesia, Brunei Darussalam, China, Jepun, Australia, United Kingdom, Romania, Republik Sloviak, Korea, Rusia, Denmark, Austria, Sweeden, Bangladesh, Panama, Republik Czech, Belgium, Perancis dan Jerman.

EM

Tinggalkan komen anda