Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penjawat Awam Tulang Belakang Pentadbiran Kerajaan

By 16 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Β Laporan/foto: M Zakry Chan/Nur Fariza Farnoh (Melaka)

MELAKA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Jaafar, menjelaskan penjawat awam berperanan dalam membantu kerajaan mentadbir negeri ini khususnya dan negara secara keseluruhannya.

“Peranan penjawat awam amat besar dalam membantu kerajaan melaksanakan inisiatif dan penambahbaikan selaras dengan manifesto kerajaan, terima kasih kepada seluruh kakitangan dan penjawat awam di negeri Melaka yang pantas melaksanakan tugas dan amanah yang diberi,” katanya ketika mengagihkan bubur lambuk kepada lebih 800 penjawat awam di Menara Persekutan, di sini semalam.

Menurut Omar Jaafar lagi program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat terutama penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan negeri ini.

Sementara itu, penjawat awam Rosli Husain, berkata kehadiran Datuk Speaker Omar Jaafar amat dinantikan, dan sebagai penjawat awam sudah tentu amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna dalam memastikan perkhidmatan kerajaan sentiasa memenuhi kehendak rakyat.

Program agihan bubur lambuk anjuran Biro Sosial dan Kerohanian Menara Persekutuan yang ditunjangi oleh Jabatan Penerangan tahun ini menyasarkan pegawai daripada 27 jabatan bersama-sama orang ramai yang berurusan di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda