Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Persiapan  Bulan Puasa Terganggu Akibat Banjir

By 12 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

TASEK GELUGOR, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang berterusan selama 2 hari menyebabkan seramai 85 orang yang terdiri daripada 15 keluarga terpaksa keluar meninggalkan rumah masing-masing akibat dinaiki banjir kilat yang melanda kawasan terbabit, baru-baru ini.  Kesemua keluarga mangsa banjir tersebut ditempatkan di Pusat Permindahan Dewan Muhibbah,Merbau Kudung, Sungai Dua.Pusat Gerakan Operasi kerajaan negeri seperti Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara.

Jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, Klinik Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba telah diaktifkan dan diletakkan di pusat pemindahan untuk membantu menyelaras  mangsa-mangsa banjir mendapatkan bantuan dan memberikan rawatan yang diperlukan.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam penempatan Misi banjir di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam penempatan misi banjir di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua

salah seorang mangsa banjir dari Kampung Petani, Encik Ahmad Nor Ariffin, 60 tahun berkata, “Ini adalah merupakan kali pertama banjir dalam tahun ini dan masalah ini mungkin berpunca dari sungai yang cetek dan sistem peparitan yang tidak sistematik kerana pembinaan taman perumahan yang berhampiran yang menyebabkan air tidak dapat keluar dengan cepat.”  Ujarnya lagi  setiap kali hujan lebat, perasaan resah mulai terasa olehnya dan 100 penghuni rumah yang lain di kawasan ini.

Seramai 85 mangsa yang terkesan akibat banjir pada kali ini yang ditempatkan di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua

Seramai 85 mangsa yang terkesan akibat banjir pada kali ini yang ditempatkan di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua

Munurut zainal Said, 45 tahun, beliau mengalami kerugian hampir RM2500 setiap kali banjir kerana barangan rumah seperti katil, tilam, almari rosak akibat banjir. Menurutnya lagi, banjir pada tahun 2017 adalah yang paling teruk dan bersejarah hitam buat beliau kerana pada waktu itu kesemua barangan perabot, peralatan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebuah motosikal tidak dapat diselamatkan dan menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit. Namun, beliau bersyukur kerana kesemua ahli keluarga beliau dapat menyelamatkan diri dan berada dalam keadaan baik.

Diantara rumah yang dilanda banjir

Diantara rumah yang dilanda banjir

Tinjauan di kawasan terbabit, mendapati anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikkan Masyarakat mengadakan rondaan dikawasan terbabit sebagai langkah keselamatan. Selain itu, turut membuat pemantauan paras air sungai yang masih lagi tinggi dan  bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tinggalkan komen anda