Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Putrajaya Sambut Pesta Kaamatan Buat Julung Kali

By 12 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Kedatangan bulan Mei amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) di Negeri Sabah, tidak kurangnya rakyat Sabah daripada suku kaum KDMR yang menetap di Semenanjung Malaysia.

Buat julung kalinya Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sinonim dengan pusat pentadbiran kerajaan mengadakan Sambutan Pesta Kaamatan Putrajaya 2019 dengan mempersembahakan pertandingan berprestij iaitu Pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadu) dan Pertandingan lagu Rumpun KDMR (Sugandoi) yang berlangsung di Palm Garden Hotel, Putrajaya sebentar tadi.

Perasmian sambutan ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking yang juga merangkap Penaung Persatuan Kebajikan dan Sosial Sakang Sabah (SWAG).

Ketibaan Datuk Darell Leiking disambut dengan tarian tradisional KDMR

Ketibaan Datuk Darell Leiking disambut dengan tarian tradisional KDMR

Darell dalam ucapannya sempena majlis perasmian yang dihadiri kira-kira 350 orang pelbagai kaum itu berkata, perayaan Kaamatan adalah satu perayaan yang penuh bermakna bagi masyarakat KDMR, sambutan dan program kebudayaan seperti ini diyakini mampu memantapkan perpaduan masyarakat yang menjadi tunjang kepada kemajuan dan keamanan negara.

“Perayaan Pesta Kaamatan merupakan satu pengiktirafan yang cukup bernilai bagi masyarakat KDMR di seluruh negara, kita juga amat berbangga kerana kerajaan telah mengiktiraf Pesta Kaamatan sebagai salah satu perayaan utama di Malaysia yang berjaya menarik kedatangan pelancong luar untuk berkunjung ke negara ini dan Sabah khususnya,” katanya. 

Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

“Saya yakin dan percaya ciri-ciri inclusiveness Pesta Kaamatan adalah selaras dan amat serasi dengan aspirasi kerajaan sekarang, perayaan ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara malah ianya merupakan asas kepada perpaduan dan kita dapat melaungkan “Sayangi Malaysiaku” dengan bangganya,” katanya.

Perayaan yang julung kali diadakan di Putrajaya ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Sosial Sakang Sabah (SWAG), pertubuhan sukarela ini yang baru sahaja dilancarkan pada 27 Julai tahun lepas berjaya memainkan peranan dalam membawa serta menonjolkan keunikan dan keistimewaan budaya KDMR.

Sebahagian daripada 17 peserta Pertandingan Unduk Ngadau, Putrajaya memperagakan pakaian tradisi masing-masing

Sebahagian daripada 17 peserta Pertandingan Unduk Ngadau, Putrajaya memperagakan pakaian tradisi masing-masing

Menurut Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Putrajaya, Nely Nasir penganjuran program ini diharap dapat menjadi jambatan integrasi nasional di antara masyarakat KDMR di putrajaya dengan rakan di semenanjung Malaysia.

Sambutan luar jangka, julung kalinya perayaan Pesta Kaamatan diadakan di Putrajaya

Sambutan luar jangka, julung kalinya perayaan Pesta Kaamatan diadakan di Putrajaya

Lebih membanggakan penganjuran Perayaan Pesta Kaamatan kali ini mendapat sokongan daripada Jawatankuasa induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di mana Johan Unduk Ngadau dan Johan Sugandoi akan mewakili Putrajaya ke pertandingan akhir di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang, pada 30 dan 31 Mei ini.

Tinggalkan komen anda