Skip to main content
MA

Politeknik Port Dickson Bersama Proton X70 Rai 30 Anak Yatim

By 20 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Noorshazana Shaadan/ Rozita Ibrahim (Port Dickson)

PORT DICKSON, 20 Mei (Malaysiaaktif) – “Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat seperti menggembirakan anak yatim dan para pelanggan kami.”

Demikian kata-kata Pengarah Urusan Grand Arena Automotive Sdn. Bhd., Tee Yung Hung serta menekankan bahawa Proton sentiasa prihatin dan menyokong program amal seperti ini.

Tambahnya, program pada hari hari sabtu itu yang melibatkan 19 pemilik Proton X70 yang telah sukarela mendaftar dan bersama-sama berkonvoi dari Politeknik Port Dickson (PPD), singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan terus ke Grand Arena Automotive Sdn. Bhd. adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

“Kesemua 30 orang anak yatim dari Yayasan Yatim/Piatu Islam Daerah Port Dickson telah berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan Sport Utility Vehicle (SUV) ini dan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Grand Automotive Sdn. Bhd,”ujarnya.

“Proton X70 merupakan kenderaan SUV dengan nilai jualan tertinggi di Malaysia sehingga empat bulan tahun ini dan merupakan Premium SUV Champion di Malaysia. Sebagai wakil jualan dan pengedar Proton yang baru dibuka pada Oktober 2018, kami berharap semua yang hadir dapat melihat kemudahan dan fasiliti terbaik yang disediakan oleh Grand Automotive Sdn Bhd.”

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Port Dickson, Mohd Asri Sarbun berkata penganjuran program PPD dengan kerjasama Grand Arena Automotive Sdn Bhd itu dilaksanakan bagi meringankan beban, memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti.

“Aktiviti ini amat digalakkan untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Hubungan Komuniti adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga Politeknik Port Dickson, Grand Arena Automotive Sdn Bhd dan pemilik Proton X70 yang ada bersama.

Beliau berharap program ini memberikan pendedahan kepada warga PPD dan pelajar untuk menghulurkan bantuan dan kepakaran mereka kepada komuniti luar. Ini secara tidak langsung membantu mempromosikan nama Politeknik Port Dickson bukan hanya sebagai satu institusi pendidikan TVET tetapi tempat melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada pihak luar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Community Relation (CR) Proton X70 Charity Drive di sini, Sabtu lalu.

Pelepasan konvoi CR Proton X70 Drive di Politeknik Port Dickson.

Pelepasan konvoi CR Proton X70 Drive di Politeknik Port Dickson.

 

-KN
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda