Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Ramadan Erat Silaturahim Antara Agensi

By 20 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Norhaidah Md Esa (Port Dickson)/ Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Port Dickson telah bekerjasama mengadakan Program Gotong- Royong Kacau Bubur Lambuk bagi edaran petugas anggota keselamatan dan pengunjung Bazar Ramadhan di perkarangan Pejabat Penerangan Port Dickson, petang.

ADUN Sri Tanjung menyerahkan pek bubur lambuk kepada wakil Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

ADUN Sri Tanjung menyerahkan pek bubur lambuk kepada wakil Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung, Ravi Munusamy turut bersama mengedar bubur lambuk kepada anggota keselamatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan anggota bomba yang bertugas.

“Kerjasama setiap agensi dalam program seumpama ini adalah satu usaha yang baik bagi melaksanakan aktiviti yang berbentuk sosial dan kemasyarakatan,” katanya.

Pegawai Penerangan Daerah, Norhaidah Md Esa berkata, program ini sengaja diadakan secara bergotong- royong kerana ingin mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi terbabit terutama dalam melaksanakan tanggunjawab sosial di bulan mulia ini.

Sementara itu, sebanyak 400 pek bubur lambuk beserta bahan penerbitan Jabatan Peneragan Malaysia (JAPEN) telah diedarkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada peniaga dan pengunjung bazar ramadhan di Lukut.

Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung bazar ramadan.

Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung bazar ramadan.

Beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung bazar ramadhan.

Turut hadir, Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Shabli Arshad dan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham.

Gotong-royong menyediakan bubur lambuk.

Gotong-royong menyediakan bubur lambuk.

 

-KN

Tinggalkan komen anda