Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sambutan Nuzul Quran 1440H Peringkat HQE Peluang Nilai Keimanan Diri

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Bin Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Program Nuzul Al-Quran Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang berlangsung di Auditorium HQE pada Rabu berlangsung dengan penuh keinsafan dan rasa syukur di kalangan warganya.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) dan Unit Hal Ehwal Islam Hospital dihadiri lebih 100 muslimin dan muslimat terdiri daripada kakitangan klinikal dan pengurusan yang turut serta mengimarahkan lagi sambutan yang diisi dengan aktiviti tadarus dan khatam al-Quran.

Setiausaha PERKIPS, Jemian Alan

Setiausaha PERKIPS, Jemian Alan

Menurut Setiausaha PERKIPS hospital, Jemian Alan, majlis sambutan Nuzul Al-Quran dan khatam Al-Quran dianjurkan serba ringkas namun penuh makna kerana ia menjadi wadah untuk merapatkan silaturahim di kalangan warga hospital.

“Di samping itu, semua dapat menghayati peristiwa penurunan Al-Quran yang berlaku pada bulan Ramadan.

Sebahagian warga HQE yang hadir pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Khatam Al-Quran peringkat hospital.

Sebahagian warga HQE yang hadir pada Majlis Sambutan Nuzul al-Quran dan Khatam al-Quran peringkat hospital.

“Program ilmu dan keagamaan di peringkat organisasi bukan sahaja membentuk dan mengeratkan lagi kerjasama di kalangan warga, sebaliknya menjadi ruang kepada muslimin dan muslimat memohon keberkatan dan mensyukuri nikmat setelah berjaya melaksanakan ibadat puasa sepanjang hari,” jelasnya.

Bagi peserta Nuralya Raihanah @ Olevia, Program Nuzul al-Quran yang dianjurkan sekali dengan majlis khatam al- Quran peringkat hospital merupakan majlis yang banyak memberi kesan positif kepada warga hospital.

Penuh penghayatan … upacara Khatam Al-Quran beramai-ramai kalangan warga HQE

Penuh penghayatan … upacara Khatam al-Quran beramai-ramai kalangan warga HQE

“Ramadan adalah bulan rahmat dan sesuai untuk menilai tahap keimanan diri dan perbaikinya.

“Sehubungan itu, rebutlah peluang pada bulan ini dengan memperbanyakkan amal serta melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi segala yang buruk seterusnya membentuk umat yang bertakwa bukan sahaja sepanjang Ramadan tetapi setiap masa dalam kehidupan,” ujarnya.

Nuralya Raihanah @ Olevia

Nuralya Raihanah @ Olevia

Program Nuzul Al-Quran dan majlis Khatam Al Quran peringkat Hospital merupakan program tahunan yang menyaksikan lebih 50 orang kalangan kakitangan menyertai program tadarus sepanjang awal Ramadan.

Hadir sama pada majlis Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HQE, Jasnawati Jasmin; Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Salman Nurillah; Pengerusi PERKIPS Cawangan Hospital, Dr. ShahIskandar Sybil Syah, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan Hospital.

EM

Tinggalkan komen anda