Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Semarakkan Ramadan Bersama PU Azman

By 3 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Norazura Abd Latif/ Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Ceramah Agama bersempena menyambut Bulan Ramadan yang bakal menjelma telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di sini, semalam.

Ceramah yang telah disampaikan oleh Penceramah Bebas, Azman Shah Alias atau lebih dikenali PU Azman ini adalah anjuran bersama oleh Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan SMK Bukit Katil.

Seorang pelajar ketika bertanyakan soalan.

Seorang pelajar ketika bertanyakan soalan.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion berkata program ini telah  mengambil satu inisiatif dengan memilih seorang penceramah yang dikenali oleh pelbagai lapisan umur bagi menarik minat para pelajar untuk mendengar ceramah yang diadakan.

“Objektif utama kepada program ini adalah menyedarkan kepada para pelajar tentang kepentingan menghimpunkan amalan soleh dalam bulan Ramadan disamping memastikan pelajar untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.”

Guru Penolong Kanan (GPK)  Pentadbiran SMK Bukit Katil mewakili Pengetua Sekolah, Rafillah Suhood  ketika ditemui berkata program seperti ini telah lama dirancang bersama agensi kerajaan yang lain bagi menyebarkan ilmu dan maklumat kepada para pelajar.

“Terima kasih kepada agensi dan jawatankuasa yang terlibat kerana sudi menjayakan program yang bermanfaat serta dapat memberi impak kepada para pelajar,” ujarnya.

Sesi soal jawab turut diadakan  ini turut diadakan sesi soal jawab serta pengedaran bahan penerbitan kepada para pelajar…

 

-KN

Tinggalkan komen anda