Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Op Selamat; PDRM Bertindak Tegas Pemandu Guna Lorong Kecemasan

By 2 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Ā Ariza Mohamed Zaki/Hj Zanizal ZamaniĀ (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS,Ā 2 Jun (Malaysiaaktif) –Ā IbuĀ Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara telahĀ melancarkan ‘Ops Selamat’ bil 15/2019 bermula dari 29 Mei 2019 hingga 12 Jun 2019 dengan masih mengekalkan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”. Sepanjang tempoh Op Selamat 15 ini berlangsung, anggota Polis dan Penguatkuasa Traffik Seberang Prai Utara akan menjalankan tugas rondaan bermotosikal, berkereta dan statik yang bertujuan untuk mencegah jenayah khususnya kejadian kes pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalanraya seperti kemalangan maut ketika musim perayaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berada dilapangan bermula daripada jam 8.00Ā pagi sehingga 12.00Ā malam dengan jumlah anggota dipertingkatkan sebanyak 30% anggota bagi memastikan kelancaran pergerakkan lalu lintas, agar pengguna selamat sampai ke destinasi.

ACP Noorzainy mengdarankan vest kepada pengguna jalan raya semasa pelancaran Op Selamat baru-baru ini

ACP Noorzainy mengdarankan vest kepada pengguna jalan raya semasa pelancaran Op Selamat baru-baru ini

Munurut Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Haji Noorzainy Haji Mohd Noor turut menyatakan statistik kemalangan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas angka jumlah kemalangan Ā adalah sebanyak 294,Ā dimana kenderaan motokar adalah penyumbang tertinggi berbanding jenis kenderaan yang lain. Beliau menasihati semua pengguna jalanraya supaya mematuhi dan berhemah ketika berada di jalanraya katanya.

Pihak Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna yang menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan memotong ataupun berhenti tanpa sebab ujar Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara.

Beliau turut memaklumkan diantara jalan-jalan akan mengalami kesesakkan adalah seperti Jalan Permatang Pauh, Jalan Chain Ferry, Terminal Penang Central, Jalan Bumbung Lima dan Jalan Raja Uda. Pihak Polis mencadangkan kepada pengguna jalanraya supaya merancang dan menguruskan perjalanan terlebih dahulu dengan mendapatkan info – info maklumat terkini berkaitan laluan sebelum memulakan perjalanan.

Selain itu, pemilik kenderaan perlu memastikan kenderaan yang mereka bawa adalah dalam keadaan baik, umpamanya brek, tayar, lampu dan telah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Di samping itu, edaran percuma helmet, vest keselamatan dan kuih raya kepada pengguna turut diadakan oleh Pusat Khidmat Bertam YB Khaliq Mehtab, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pihak PLUS dan Lions Club.

Tinggalkan komen anda