Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Jalan Datuk Ajibah Abol Kawasan Panas Denggi

By 20 Jun 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

Kuching, 20 Jun  (Malaysiaaktif) РJangkitan wabak denggi di kawasan Jalan Datuk Ajibah Abol Kuching menggerunkan kerana dalam tempoh 35 hari terdapat 42 kes berlaku. Seramai 13 orang telah dimasukkan ke dalam wad dalam jangka satu ke dua hari sahaja tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal serta discaj dalam keadaan stabil.

Kes wabak deman denggi di kawasan ini berstatus hotspot   iaitu hari kawalan wabak melebihi  30 hari serta masih berlanjutan menyebabkan kawasan ini diistyiharkan sebagai zon merah. Status hotspot menunjukkan wabak gagal dibendung dalam tempoh  30 hari  dan langkah drastik perlu diambil oleh agensi-agensi yang terlibat.

Bagi membendung wabak ini, satu taklimat dan dialog khas diadakan di Dewan Dato’ Hajah Juma’ani Tuanku Bujang, SK Rakyat Bolhassan Kuching  dan dihadiri lebih daripada 200 orang. Taklimat ini diketuai oleh Pegawai Daerah Kuching selaku pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah.

Objektif program adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada penduduk setempat cara-cara mengawal dan mencegah serta memohon kerjasama daripada penghuni rumah semasa kerja-kerja penyemburan dilakukan oleh pihak DBKU dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Ahli-ahli panel dialog terdiri daripada ketua-ketua agensi kerajaan yang  berkaitan seorang  termasuk pemimpin masyarakat

Ahli-ahli panel dialog terdiri daripada ketua-ketua agensi kerajaan yang berkaitan seorang termasuk pemimpin masyarakat

Oleh kerana kes wabak denggi tidak terkawal melebihi tempoh kawalan,  tindakan proaktif Pejabat Daerah Kuching dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan komuniti adalah bertepatan bagi  membendung wabak ini daripada berjangkit ke kawasan lain.

Taklimat disampaikan oleh Dr. Muhammad Daniel Salim, Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.  Beliau menjelaskan langkah-langkah perlu dan segera untuk menangani wabak daripada  terus merebak.

‚ÄúSaya¬† menyeru agar penduduk dan penghuni rumah untuk membenarkan pasukan kami memasuki premis bagi tujuan pengasapan. Jika kerjasama tidak diberikan adalah amat sukar untuk membanteras wabak ini dalam tempoh yang ditetapkan,‚ÄĚ tegas beliau.

Selain dari taklimat wabak denggi turut diselitkan taklimat ringkas tentang kaitan dadah dengan wabak yang berlaku. Taklimat tersebut disampaikan oleh Iskandar Ismail, Penolong Pegawai AADK Daerah Kuching.

Menurut beliau, penularan wabak aedes sedikit sebanyak ada kaitan dengan rumah dan kedai kosong terbiar yang kadangkala  digunakan sebagai sarang penagih-penagih dadah. Tempat-tempat terbiar ini sekiranya ada bekas-bekas kosong yang boleh menakungi air  akan memudahkan lagi nyamuk membiak.

antar Penduduk sekitar kawasan terjejas hadir sesi dialong tersebut

antar Penduduk sekitar kawasan terjejas hadir sesi dialong tersebut

Menurut Edwin Romuel, Inspektor Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching  terdapat dua jenis semburan iaitu berasaskan air  dikenali  sebagai  endmos-9 untuk dalam rumah dan yang berasaskan diesel (asap) dikenali sebagai actellic untuk di luar rumah.

‚ÄúUntuk semburan ini kami akan menjalankan kerja-kerja¬† penyemburan pada jam 4.00 pagi (asap), 10.00 am ‚Äď 11.00 am (air),¬† dan 6.00 pm – 7.00 pm menggunakan asap semula.

‚ÄúTerdapat dua jenis nyamuk iaitu Aedes Aegypti biasanya berada di dalam rumah. Nyamuk ini nakal, biasanya menggigit minimum lima orang serta mudah menjangkiti jika ia sudah menggigit mangsa pertama manakala nyamuk Aedes Albopictus kurang nakal serta berada di luar rumah dan biasanya menggigit seorang mangsa sahaja,‚ÄĚ ujar beliau lagi.

Pada akhir program, sesi dialog turut diadakan untuk mendapatkan pandangan, cadangan serta menjawab isu-isu daripada penduduk setempat.  Selain dari taklimat dan dialog, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching turut mengadakan pameran serta menyediakan brosur yang berkaitan dengan nyamuk aedes untuk kefahaman penduduk.

Tinggalkan komen anda