Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Keselamatan Sempadan Negara Terus Diperkukuh dengan Kerjasama Dua Hala

By 18 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Pelapor/foto: Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) terus berusaha memastikan keselamatan sempadan negara terjamin.

Ketua Pengarah AKSEM Malaysia Datuk Shahruddin Abu Sohot, berkata pihaknya berpuas hati dengan kerjasama dan peningkatan dua hala antara pihak berkuasa di Daerah Betong, Thailand dan Pengkalan Hulu, Malaysia dalam menangani masalah keselamatan yang timbul.

“Saya berharap kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa akan datang demi memastikan keselamatan kedua-dua sempadan negara terjamin.

“Selain menjadi platform bagi pihak berkuasa antara kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan berkaitan soal keselamatan dan masalah-masalah berkaitan di sempadan,” katanya sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni AKSEM Negeri Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, Shahruddin meluangkan masa meninjau sekatan jalan raya yang dilakukan oleh AKSEM di Jalan Betong dan melawat Kompleks CIQ Bukit Berapit.

Turut hadir Komander AKSEM Negeri Perak, ASP Kasturi Othman dan ketua-ketua jabatan dari Pengkalan Hulu dan Betong.

-SH

Tinggalkan komen anda