
Laporan/foto: Norliza Yusof/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) rai golongan kurang bernasib baik dalam Majlis Mesra Syawal Kumpulan SEDCO 2019.
Seramai 35 orang terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan berupa duit raya dan keperluan harian yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada majlis yang berlangsung di Wisma Wanita itu, mereka juga dijamu hidangan berkonsepkan ‘bazar’ dari tempat makan terkenal sekitar sini di samping hiburan persembahan buskers bersama lebih kurang 1,000 lagi tetamu yang hadir.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Azhar Datuk Matussin; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.
-EM