Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Loh Ee Eng Angkat Sumpah ADUN Dilantik

By 17 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng, 55, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik yang baharu di hadapan Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali di sini, hari ini.

Loh ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan barisan kepimpinan DAP atas sokongan serta kepercayaan atas lantikannya itu.

“Terlebih dahulu, beri masa kepada saya untuk mengadap Ketua Menteri bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tugas dan tanggungjawab yang akan diberi sebelum membuat perancangan yang seterusnya.

Loh menandatangani watikah sumpah memegang jawatan di hadapan Syed Abas bersama dengan Ahmad dan George.

Loh menandatangani watikah sumpah memegang jawatan di hadapan Syed Abas bersama dengan Ahmad dan George.

“Buat masa sekarang, saya akan menjalankan tugas seperti biasa iaitu sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Likas,” jelas beliau ketika disoal mengenai komitmen dan perancangannya selepas lantikan itu.

Loh anak kelahiran Pulau Pinang yang sudah lama menetap di Sabah sejak 1999, kemudian berkahwin dengan wanita tempatan Sabah, Soh Kee Suat.

Beliau merupakan ahli DAP selama tujuh tahun dan memegang jawatan Bendahari DAP Sabah sejak 2015.

Loh (kiri) merakam kenangan bersama dengan Syed Abas (kanan).

Loh (kiri) merakam kenangan bersama dengan Syed Abas (kanan).

Hadir sama Timbalan-timbalan Speaker DUN, Datuk Ahmad Abdul Rahman, Datuk George Anthony Ginibun dan ADUN Likas, Tan Lee Fat.

-EM

Tinggalkan komen anda