Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keselesaan Rakyat Tanggungjawab Bersama

By 17 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir/Muhammad Nadziruddin Embi

BATU PAHAT, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram, Gan Peck Cheng yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Johor telah menyumbang sebanyak 33 unit kerusi roda untuk kegunaan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini hari ini.

Sumbangan diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan dan Klinikal), Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Dr Jayakumaran A/L Jayabalan.

Sumbangan kerusi roda tersebut diberikan berikutan aduan serta permintaan orang awam dan pesakit di hospital tersebut dalam usaha menjamin keselesaan mereka bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Sumbangan diserahkan kepada Dr. Jayakumaran

Sumbangan diserahkan kepada Dr. Jayakumaran

“Penyerahan kerusi roda ini adalah hasil sumbangan daripada orang awam untuk kegunaan masyarakat DUN Penggaram khususnya.

Saya sebagai orang tengah menyalurkan bantuan ini untuk kegunaan pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini,” kata Gan Peck Cheng ketika ditemui.

Menurut Gan Peck Cheng lagi, pihaknya juga melalui Pusat Khidmat ADUN Penggaram turut memfokuskan bantuan mereka di tempat-tempat kegunan awam yang lain, seperti surau-surau di dalam kawasan DUN Penggaram.

Kerajaan hari ini bertanggungjawab untuk membantu semua masyarakat tanpa batasan

Kerajaan hari ini bertanggungjawab untuk membantu semua masyarakat tanpa batasan

Jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini begitu komited dalam memastikan kemudahan rakyat diberikan dengan secukupnya bagi mendapatkan suasana dan persekitaran yang kondusif buat rakyat secara keseluruhan.

“Kita juga tidak mengabaikan kawasan-kawasan awam yang lain termasuk surau sekolah di dalam kawasan ini meskipun kita sedang berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan semasa namun bantuan asas harus terus disalurkan demi menjamin keselesaan serta kecukupan buat mereka yang memerlukan,” ujarnya lagi.

“Saya juga berharap masyarakat terus memberi sumbangan seumpama ini agar dapat memberi impak yang positif kepada komuniti setempat.

Sumbangan ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat

Sumbangan ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat

“Kerajaan yang dipilih oleh rakyat semestinya sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan tidak kira bangsa, agama mahupun pegangan politik kerana kesejahteraan rakyat adalah menjadi tanggungjawab kami,” tambah beliau sebelum beredar meninggalkan majlis.

-EM

Tinggalkan komen anda