Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pesta Kaamatan Bentuk Suasana Kekeluargaan

By 24 Jun 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Perayaan Pesta Kaamatan mampu memupuk rasa kebersamaan dan mempengaruhi budaya kerja cemerlang.

Sebahagian peserta pertandingan Sugandoi terdiri daripada kakitangan daripada pelbagai Unit, Klinik dan Wad yang mengambil bahagian.

Sebahagian peserta pertandingan Sugandoi terdiri daripada kakitangan daripada pelbagai Unit, Klinik dan Wad yang mengambil bahagian.

Melaluinya terbentuk suasana kekeluargan yang positif sekaligus membantu merealisasikan wawasan sebuah organisasi.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. William Gotulis berkata, dalam usaha dan pelaksanaan ke arah merealisasikan wawasan organisasi, penglibatan dan penyertaan setiap kakitangan menjayakan impian tersebut amat penting.

Dr. william (tengah) ketika menyampaikan hadiah kepada Khairul Nidzar Ruslee (kiri) daripada Jabatan Pembedahan Am yang dinobatkan sebagai johan pertandingan Sugandoi.

Dr. william (tengah) ketika menyampaikan hadiah kepada Khairul Nidzar Ruslee (kiri) daripada Jabatan Pembedahan Am yang dinobatkan sebagai johan pertandingan Sugandoi.

Katanya, Perasaan kebersamaan antara kakitangan melalui sambutan perayaan bukan sahaja mempengaruhi ikatan persaudaraan dan semangat kekeluargaan yang positif, sebaliknya memberi ruang kepada setiap kakitangan memahami peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan di peringkat organisasi.

Dr. William berkata demikian semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat HQE bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE, pada Sabtu.

Dr. William (kiri) dan Dr. Yoge (kanan) ketika menikmati masakan tradisi dan melawat pondok dikenali Sulap Tradisi.

Dr. William (kiri) dan Dr. Yoge (kanan) ketika menikmati masakan tradisi dan melawat pondok dikenali Sulap Tradisi.

Tambahnya, Perayaan Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun diperingkat hospital akan terus dijadikan wadah bagi memupuk semangat kesetiaan terhadap organisasi di samping platform terbaik untuk mengeratkan persaudaraan sesama anggota.

Johan Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat HQE merakamkan gambar bersama urusetia pertandingan sejurus keputusan diumumkan.

Johan Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat HQE merakamkan gambar bersama urusetia pertandingan sejurus keputusan diumumkan.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh anggota HQE tanpa mengira fahaman agama, suku kaum dan kepercayaan akan terus menjadikan perayaan Pesta Kaamatan dan perayaan-perayaan peringkat hospital sebagai landasan perpaduan, persefahaman dan keharmonian seterusnya titik tolak ke arah perkhidmatan organisasi berkualiti.

Bowling kelapa.. sukan tradisi menyerikan sambutan sepanjang pesta kaamatan HQE.

Bowling kelapa.. sukan tradisi menyerikan sambutan sepanjang pesta kaamatan HQE.

“Sungguhpun sibuk dengan tugas perawatan dan perkhidmatan kepada pesakit, ahli jawatankuasa sambutan mampu mengatur masa bagi memastikan sambutan perayaan Kaamatan diraikan bersama.

“Kejayaan murni ini sudah pasti digembleng secara erat dengan semangat perpaduan, pengorbanan dan kerjasama demi kebaikan bersama dan organisasi,” jelasnya.

Antara sukan tradisi yang mendapat perhatian sepanjang sambutan pesta kaamatan HQE.

Antara sukan tradisi yang mendapat perhatian sepanjang sambutan pesta kaamatan HQE.

Bertemakan ‘Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa’ sambutan Perayaan Pesta Kamaatan Peringkat HQE turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Persembahan Koir, Pertandingan Sugandoi, Unduk Ngadau, Pertandingan Sukan dan Masakan Tradisi serta pertandingan Sulap Tradisi.

Pada acara kemuncak sambutan, Michelle Anne Madius daripada Unit Bekalan Bahan Sterial (CSSU) dinobatkan Johan Pertandingan Unduk Ngadau manakala Naib Johan Cynthia Joyce Petrus daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma dan tempat ke tiga, Eliza Kok daripada Unit Pemulihan Carakerja.

Persembahan kumpulan koir daripada kumpulan Oongisvoce Music Mansion terdiri kalangan pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin, turut menyerikan sambutan pesta kaamatan peringkat HQE.

Persembahan kumpulan koir daripada kumpulan Oongisvoce Music Mansion terdiri kalangan pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin, turut menyerikan sambutan pesta kaamatan peringkat HQE.

Bagi Pertandingan Sugandoi, Khairul Nidzar Ruslee daripada Jabatan Pembedahan Am dinobatkan sebagai Johan manakala Wad Kelecuran (Burn Unit) terpilih sebagai Sulap Tradisi terbaik.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Klinikal 1 Dr. Yogendra A/L Panchalingam, Pengerusi Sambutan Pesta Kaamatan peringkat KDCA Cawangan HQE David Samudin serta Timbalan Pengerusi sambutan Jackson Taguah.

-EM

Tinggalkan komen anda