Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

PH Komited Pulihkan Ekonomi Negara

By 24 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Azhar HJ Ismail (Kelantan)

TUMPAT, 24 Jun (Malaysiaaktif) – “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited pulihkan ekonomi negara dengan meletakkan kembali ke landasan yang betul dan menjadikan Malaysia “The Tiger of Asia”,” jelas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Senator Dr Radzi Jidin dalam ucapan perasmian Program Sepakat@Komuniti Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Setahun Malaysia Baharu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat siang tadi.

Program anjuran Jabatan Penerangan ini mendapat kerjasama lebih daripada 20 jabatan dan agensi Persekutuan peringkat daerah Tumpat yang mengadakan pameran interaktif dan perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Tiga sesi taklimat berkaitan PEKA 40, I-SURI dan Rebat B40 turut diadakan bagi menjelaskan rakyat terhadap usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan dalam membantu dan meringankan beban rakyat, khususnya gologan B40.

Radzi menjelaskan bahawa, Kertas Putih dan pelan pemulihan Tabung Haji serta FELDA adalah bukti nyata komitmen kerajaan PH dalam memulih dan memperkasakan semula kedua-dua badan ini yang mengalami kerugian serius dan kritikal.

Kaunter KWSP menjadi tumpuan kaum wanita yang mengisi borang I-SURI

Kaunter KWSP menjadi tumpuan kaum wanita yang mengisi borang I-SURI

Menurut Radzi, kerajaan dalam usaha berterusan ke arah memulihkan ekonomi negara secara satu persatu berdasarkan keutamaan kepada isu atau kes yang boleh segera diselesaikan terlebih dahulu.

“Saya harap maklumat yang disampaikan dalam program hari ini akan dipanjangkan ke peringkat akar umbi komuniti masing-masing,” ujar Radzi lagi sebelum mengakhiri ucapannya.

Program turut dihadiri oleh kepimpinan PH Tumpat dan juga negeri.

-NAZ

Tinggalkan komen anda