Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Polis Komited Selesaikan Jenayah dalam Tempoh 24 Jam

By 13 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman /Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Polis Daerah Seberang Prai Utara berjaya menyelesaikan 3 kes jenayah iaitu kes menyamar sebagai anggota polis (Ops Cantas), kes curi motosikal (Ops Lejang) dan kes pecah cermin kereta (Ops Cermin) dalam tempoh 24 jam setelah menerima laporan polis daripada mangsa-mangsa yang terlibat. Satu ‘Task Force’ telah ditubuhkan dengan kerjasama Ibupejabat Daerah SPU bahagian jenayah D9 dan Balai Polis Tasek Gelugor dan Butterworth untuk memantau, memberkas dan mengempur tempat-tempat yang disyaki penjenayah melakukan aktiviti dan bersembunyi.

sidang media oleh Ketua Balai Polis Daerah Seberang Prai Utara diadakan baru-baru ini

sidang media oleh Ketua Balai Polis Daerah Seberang Prai Utara diadakan baru-baru ini

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Tuan Haji Noorzainy Haji Mohd Noor berkata, bagi kes menyamar sebagai anggota Polis tiga orang lelaki telah ditangkap kerana melakukan penyamaran dan samun di Hentian Rehat dan Rawat Borr, Bagan Ajam dimana penjenayah tersebut telah mengaku melakukan 7 kes jenayah yang sama sebelum ini.

Penjenayah berpakaian seperti polis dengan memakai vest yang berwarna kuning dan lengkap bersama aksesori seperti lampu suluh, set walkie talkie.Mangsa yang terpedaya dibawa ke satu tempat lain dan akan disamun oleh penjenayah tersebut.

Bagi kes curi motosikal pula, empat penjenayah telah diberkas yang berusia antara 19 hingga 28 tahun yang tinggal disekitar Padang Serai, Kedah dan Tasek Gelugor. Penjenayah mensasarkan motosikal jenis Yamaha model Y150 yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran gelap. Sebanyak tiga buah motosikal daripada 10 kes yang dilaporkan telah dapat dijumpai semula oleh Polis setelah melakukan soal siasat terhadap suspek. Salah seorang suspek yang berusia 28 tahun mempunyai rekod jenayah lampau mengikut akta POCA dan dikehendaki oleh Polis di Negeri Sembilan.

Manakala bagi kes pecah cermin kereta, di Bukit Katak, Tasek Gelugor, dua penjenayah telah ditangkap Polis dimana melibatkan lapan kes laporan polis. Penjenayah menggunakan ‘spark plug’ kereta yang diubah suai untuk memecahkan cermin kereta mangsa dan mengambil barang-barangan berharga seperti laptop, peranti smart tag touch n go dan beberapa barang berharga lain. Hasil soal siasat polis ke atas suspek mengaku melakukan jenayah tersebut.

Perlatan  yang telah diubah suai penjenayah untuk memecahkan cermin kenderaan bagi tujuan mencuri

Perlatan yang telah diubah suai penjenayah untuk memecahkan cermin kenderaan bagi tujuan mencuri

Polis juga masih memburu satu lagi kumpulan yang melakukan kegiatan seperti ini.

Kesemua penjenayah telah direman di Mahkamah Butterworth selama 7 hari bermula hari ini.

 

Tinggalkan komen anda