Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sabah Beri Tumpuan Pembangunan Infrastruktur Digital

By 21 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Asmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Sabah beri tumpuan tiga bidang dalam pembangunan infrastruktur digital di negeri ini.

Yusof semasa bercakap kepada media.

Yusof semasa bercakap kepada media.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata sektor yang terlibat ialah perindustrian, pelancongan dan pendidikan.

“Kementerian saya telah diberi tanggungjawab sebagai exco di peringkat pusat yang bertanggungjawab terhadap perkembangan infrastruktur digital di sini.

“Kawasan yang diberi tumpuan adalah kawasan perindustrian di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Sandakan, Lahad Datu, Sipitang serta pelabuhan baharu di Kudat.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak

“Selain itu, sistem dan infrastruktur digital yang baik adalah perlu bagi pusat-pusat pelancongan seperti di pulau-pulau Semporna, kawasan Gunung Kinabalu, Maliau Basin dan Long Pasia yang akan dibangunkan sebagai pusat pelancongan.

“Sementara kawasan bandaraya dibangunkan sebagai pusat pelancongan kesihatan (medical tourism), hub pendidikan dari Papar ke Beaufort turut diberikan perhatian,” ujarnya.

Tambah beliau, kementeriannya berharap semua masalah infrastruktur digital dapat diselesaikan dan berjalan lancar selari dengan keperluan zaman Industri 4.0 dan bersesuaian dengan perkembangan 3G, 4G dan 5G yang diperlukan oleh pelabur.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata perbincangan antara SKMM dan kerajaan Sabah berjalan lancar dan produktif.

Mohd Shafie (kiri) mendengar taklimat berkenaan Plan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) oleh Al-Ishsal (kanan).

Mohd Shafie (kiri) mendengar taklimat berkenaan Plan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) oleh Al-Ishsal (kanan).

“Kita akan bekerjasama bagi memajukan infrastruktur yang diperlukan di kawasan-kawasan tersebut selaras dengan matlamat SKMM untuk memajukan atau Plan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

“Pelan ini adalah untuk menyediakan liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk kepada 98 peratus menjelang tahun 2023 dengan kelajuan 30 megabait sesaat (Mbps) di kawasan bandar dan luar bandar.

“Oleh itu, agensi-agensi berkaitan serta pihak-pihak berkepentingan turun memainkan peranan dalam memajukan pelan infrastruktur digital Sabah,” jelasnya kepada media selepas mengadakan taklimat dan perbincangan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Sektor Pematuhan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin serta Pengarah SKMM Sabah dan Labuan, Roslan Mohamad.

-EM

Tinggalkan komen anda