Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Saya Akan Membantu – SUP Sabah

By 21 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Singkatan namanya “SAM” yang membawa maksud “Saya Akan Membantu” menjadi slogan kepada Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Samsuni Mohd Nor dalam menjalankan tugasnya di sini sejak 17 Jun lepas.

Samsuni semasa ditemubual media.

Samsuni semasa ditemubual media.

Samsuni yang ditemui media selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas pada Jumaat berkata nama penuhnya mempunyai maksud tersendiri yang menjadi pegangannya dalam menjalankan tugas sejak 32 tahun lalu.

“Nama SAMSUNI ada maksud atau slogannya sendiri, bila saya turun ke padang nanti, saya akan jelaskannya.

Borhan (tiga dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Setiausaha Persekutuan & Agensi-Agensi Persekutuan.

Borhan (tiga dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Agensi-agensi Persekutuan.

“Sebagai contoh tiga nama hadapan saya SAM bermaksud “Saya Akan Membantu”, itulah yang boleh saya nyatakan setakat ini.

“Saya akan cuba sedaya upaya turun padang, melihat apakah keperluan di peringkat bawahan dan seterusnya menyampaikan kepada pihak atasan agar perancangan dan juga dasar-dasar di peringkat persekutuan sejajar dengan kehendak dan jangkaan rakyat negeri ini.

SUASANA...sekitar Mesyuarat Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Setiausaha Persekutuan & Agensi-Agensi Persekutuan.

SUASANA…sekitar Mesyuarat Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Agensi-agensi Persekutuan.

“Kecemerlangan kedua-dua mantan SUP terdahulu akan diteruskan sejajar dengan perkembangan terkini selain memastikan ia diselaraskan.

“Sebarang kekurangan akan ditambah baik dan kami akan mengecilkan jurang antara keperluan penjawat awam dan rakyat bersesuaian dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh persekutuan,” ujarnya.

Borhan (tengah) menyaksikan Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Nor Azri (kanan) kepada Samsuni (kiri).

Borhan (tengah) menyaksikan Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Nor Azri (kanan) kepada Samsuni (kiri).

Tambah Samsuni, dia sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada semua penjawat awam persekutuan untuk bertemu dengan beliau.

“Memang dari dahulu prinsip saya tidak ada sebarang keutamaan atau protokol kerana kita mementingkan pencapaian dan hasilnya tanpa mengambil kira peringkat mana pun, ia tetap penting,” jelasnya kepada media.

Nor Azri (duduk, tengah) menandatangani buku kenangan sambil disaksikan oleh Borhan (kanan) dan Samsuni (kiri).

Nor Azri (duduk, tengah) menandatangani buku kenangan sambil disaksikan oleh Borhan (kanan) dan Samsuni (kiri).

Majlis serah tugas tersebut menyaksikan mantan SUP Sabah, Nor Azri Zulfakar menyerahkan nota berkenaan kepada Samsuni sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Borhan Dolah.

Untuk rekod, bermula 19 Mei lepas Nor Azri dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri manakala Samsuni sebelum ini merupakan Setiausaha Bahagian (SUB) Kanan Pengurusan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan seperti perolehan, kewangan, belanjawan, polisi, pengurusan sumber manusia, korporat dan sebagainya.

-EM

Tinggalkan komen anda