Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sabah Kuatkuasa Larangan Merokok 1 Januari 2020

By 23 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Sahiman Rahman/ Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan larangan merokok di semua premis makanan di negeri ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

Noorliza (tiga dari kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama Dr. Julaidah (kiri) selepas semasa gimik pelancaran.

Noorliza (tiga dari kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama Dr. Julaidah (kiri) selepas gimik pelancaran.

Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr Julaidah Sharip berkata ia selaras dengan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di sini.

“Atas persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerajaan Sabah, larangan merokok di semua tempat makan sepatutnya berkuatkuasa mulai 1 Julai lepas.

Noorliza (tengah) mengetuai program Walk About. Bersama Dr. Julaidah(kiri) dan Moizin (kanan)

Noorliza (tengah) mengetuai program Walk About bersama Dr. Julaidah (kiri) dan Moizin (kanan)

“Namun penguatkuasaan berbentuk pendidikan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas program Walk About di Jalan Gaya, pada Ahad.

Menurutnya, program yang julung kali diadakan ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam berkaitan pewartaan tempat makan awam sebagai kawasan larangan merokok.

SUASANA...mengedarkan poster dan risalah kepada orang awam di premis-premis yang dilawati.

SUASANA…mengedarkan poster dan risalah kepada orang awam di premis-premis yang dilawati.

“Objektif program ini adalah menjelaskan kepada pengusaha kedai makan atau restoran mengenai tanggungjawab dalam memastikan tiada aktiviti merokok di kedai mereka.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai tarikh penguatkuasaan larangan merokok di negeri ini,” ujar beliau.

SUASANA...mengedarkan poster dan risalah kepada orang awam di premis-premis yang dilawati.

SUASANA…mengedarkan poster dan risalah kepada orang awam di premis-premis yang dilawati.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Noorliza Awang Alip mewakili Mayor DBKK, Datuk Nordin Siman.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah pemeriksaan poster larangan merokok, pengedaran risalah dan poster bahaya merokok serta taklimat ringkas kepada orang ramai mengenai denda jika didapati merokok di premis makanan.

-EM

Tinggalkan komen anda