Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tindakan Tegas Pembangunan Tanah Tanpa Kelulusan – MPS

By 27 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak tertentu yang menjalankan aktiviti pembangunan tanah pertanian tanpa kelulusan di kawasan pentadbirannya.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohammad Zin Masoad berkata tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti tersebut yang menjadi punca berlakunya pelbagai masalah seperti banjir lumpur dan bencana alam yang lain.

“Kes pertama yang telah berlaku pada 21 Mei lalu di Kampung Sungai Pusu telah menyebabkan banjir lumpur sehingga merisikokan penduduk di kawasan berkenaan.

MPS bertindak tegas merampas dan menyita jengkaut dalam operasi terhadap aktiviti pembangunan tanah tanpa kelulusan.

MPS bertindak tegas merampas dan menyita jengkaut dalam operasi terhadap aktiviti pembangunan tanah tanpa kelulusan.

“Justeru, MPS melalui lawatan tapak dan aduan orang ramai bertindak tegas dengan membuat sitaan ke atas jengkaut yang menjalankan operasi di atas tanah pertanian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, tindakan sama turut diambil dalam operasi terhadap pembangunan tanah tanpa kelulusan di Lot 2590 dan Lot 2589 Kampung Sungai Chinchin mengikut Seksyen 70A(1).

“MPS bertindak dengan membuat sitaan serta merampas jengkaut dalam operasi pada 31 Mei dan 22 Jun lalu.

“Tindakan tegas ini diharap dapat membendung aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran daripada terus beroperasi,” ujarnya.

Tambah Mohammad Zin, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan dan maklumat di talian bebas tol 1-800-222-677.

-NAZ

Tinggalkan komen anda