Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Wanita Luar Bandar Perlu Perkasakan Kepimpinan

By 20 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/ Shahvian Mohd. Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Golongan wanita di negeri ini diseru memantap dan memperkasakan keupayaan kepimpinan terutama wanita di luar bandar.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Norazlina Arif berkata, wanita perlu keluar dari zon selesa dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk memajukan diri.

Norazlina semasa menyampaikan ucapan.

Norazlina semasa menyampaikan ucapan.

“Wanita perlu berani berhadapan dengan pelbagai cabaran dan menjadi representasi bagi memecah persepsi tradisi terhadap ketidakyakinan kepada kemampuan, kebolehan dan kecekapan memimpin.

“Selain itu, kita juga perlu berani mencabar kemampuan diri, sentiasa tidak berputus asa serta perlu mempunyai daya inovasi yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan diri selain yakin untuk tampil sebagai pemimpin yang serba boleh dan berkebolehan walau pun dalam peringkat komuniti,” katanya.

Norazlina (dua dari kiri) menyampaikan sijil peyertaan kepada salah seorang wakil peserta.

Norazlina (dua dari kiri) menyampaikan sijil peyertaan kepada salah seorang wakil peserta.

Tambah beliau, golongan wanita di luar bandar perlu menukar tanggapan bahawa mereka tidak bertanggungjawab dalam pembangunan negara dan pemodenan modal insan.

“Sudah sampai masanya setiap wanita berpimpin tangan menyatu minda menggarap wawasan agar mereka yang telah berjaya dapat memberi bimbingan dan pementoran kepada wanita lain terutama kepada golongan wanita muda kerana mereka adalah pelapis dan aset negara.

Penceramah, Profesor Madya Dr Madeline Berma berkongsi pengalaman bersama para peserta.

Penceramah, Profesor Madya Dr Madeline Berma berkongsi pengalaman bersama para peserta.

“Saya berharap golongan wanita di luar bandar turut menitik berat pembelajaran sepanjang hayat agar minda kita akan sentiasa cerdas dan dengan pengurusan pengetahuan yang betul ia mampu meningkatkan keupayaan wanita luar bandar,” ujar beliau.

Norazlina berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2019 di Wisma Wanita, pada Khamis.

Norazlina (dua dari kiri) turut meluangkan masa melawat gerai pameran yang disediakan.

Norazlina (dua dari kiri) turut meluangkan masa melawat gerai pameran yang disediakan.

Seramai 300 peserta terdiri daripada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta pemimpin-pemimpin persatuan wanita dan kakitangan awam pelbagai sektor menyertai seminar berkenaan.

Seminar sehari tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Persekutuan) melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Negeri Sabah.

-EM

Tinggalkan komen anda