Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

10 Buah Sekolah Di Perlis Terima Sumbangan Mesin Pendingin Air

By 4 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 4 Jul (Malaysiaaktif) ā€“ 10 buah sekolah di Perlis telah menerima mesin pendingin air sumbangan Kumpulan Malaysia Holdings Berhad (MSM), dan penyerahan mesin tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, TuankuĀ  Syed Faizuddin Putra JamalullailĀ  bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri, Chuping di sini semalam.

Raja Muda Perlis bertitah supaya lebih banyak syarikat korporat dan swasta berganding bahu bersama kerajaan negeri dan pusat dalam menyediakan lebih banyak persekitaran yang mampan dan kemudahan yang bermutu tinggi dalam usaha meninggikan taraf kehidupan masyarakat di negeri dan negara ini .

“Tanggungjawab sosial memberi pelbagai kesan positif bukan sahaja kepada syarikat itu sendiri malahan kepada masyakat secara umumnya. Sehubungan itu, syarikat-syarikat koporat perlulah melaksanakannya dengan penuh ikhlas, dedikasi serta mengekalkan imej baik syarikat mereka dan pada masa yang sama masyarakat perlulah mengunakan faedah yang diterima ini dengan sebaik-baiknya,” titah baginda.

Turut berangkat hadir Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Keteri, Sekolah Menengah Agama al-Islahiyah Behor Mali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama (Perempuan ) Alawiyah Kangar, Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad Diniah Arau, SK Tengku Budriah Arau, SK Kampung Salang, SK Rendah Islam 1, SK Jalan Raja Syed Alwi, SK Dato Wan Ahmad dan Sekolah Rendah Agama al-Islahiyah.

-SH

Tinggalkan komen anda