Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

250 Pelajar Ikuti Seminar UPSR

By 18 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: U.Prakash (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 17 Julai (Malaysiaaktif) – Seramai 250 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada sembilan sekolah di sini, didedahkan dengan pelbagai panduan dan teknik menjawab soalan bagi memperoleh keputusan cemerlang menerusi Seminar UPSR 2019 di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia anjuran Kawasan Rukun Tetangga Medan Angsana dan Pangsapuri Pelangi dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Nasional dan Interasi Pulau Pinang.

Seminar yang berlangsung sehari itu membabitkan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta ia juga diadakan secara percuma bagi pelajar bagi memberi pendedahan mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan kepada peserta.

Antara sekolah yang mengikuti seminar ini adakah SJKT Rajaji, SJKT Azad, SJKT Ramakrishna, SJKT Jalan Sungai, SJKT Sungai Ara, SJKT Bayan Lepas, SJKT Subramaniya Barathee, SJKT Mak Mandin dan SJKT Ladang Krian.

Pengerusi KRT Medan Angsana, Encik M.Mahendran, berkata pihaknya berharap peserta memanfaatkan peluang dan ilmu yang diperoleh bagi memantapkan persediaan menjelang peperiksaan, sekali gus meningkatkan pencapaian dalam UPSR kelak.

“Guru yang hadir juga boleh mengambil ilmu yang disampaikan penceramah terdiri daripada guru pakar untuk dikongsikan bersama pelajar yang tidak dapat menghadiri seminar tersebut ekoran penyertaan yang terhad kepada 250 peserta saja.

Sementara itu, Mahendran berkata, bahan-bahan seminar melibatkan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengaplikasi teknik-teknik menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Turut hadir,Ā  Penolong Pegawai Perpaduan, Puan Zuraida Mohammad, Pegawai Khas YB Ram Karpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Encik Joseph Tan.

 

-II-

Tinggalkan komen anda