Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Ilmu Pertolongan Cemas Mampu Menyelamatkan Nyawa

By 18 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: U.Prakash (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – GEORGETOWN, 18 Julai – Pertolongan cemas merupakan cara penjagaan awal kepada mereka yang cedera. Malah ia juga merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa.

Bantuan yang diberikan sebelum ambulans tiba mampu memberi perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati mangsa. Ianya merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Menyedari kepentingan ilmu pertolongan cemas, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Bendera dengan kerjasama Pejabat Kadun Air Putih, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Air Putih serta Penang Hill Corporation (PHC) telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas.

Seramai 20 peserta menyertai program yang berlangsung di Dewan MPKK Bukit Bendera. Majlis dimulakan dengan sarapan pagi diikuti taklimat oleh penceramah dari Power Solutions Training Management PLT, Encik Karunamoorti.

Pengerusi MPKK Bukit Bendera, Encik Nelamurthi berkata, tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur pertolongan cemas dan asas CPR. Antara slot pengisian kursus ini adalah Pengenalan CPR, luka dan pendarahan, terbakar, melecur dan renjatan, patah, kejutan eletrik dan pitam serta slot ikatan dan balutan.

“Kami percaya kemahiran yang diperoleh sepanjang berlangsungnya program pertolongan cemas ini akan mendatangkan faedah kepada orang yang terlibat pada masa akan datang,” katanya.

-II-

Tinggalkan komen anda