Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Agama Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

By 1 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir/Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang penjawat awam serta orang awam menyertai Program Pasca Perkahwinan; Mahligai Cinta Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2019 anjuran Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat.

Program yang berlangsung di Dewan Haji Hasyim, Kampung Parit Tengah Sri Merlong Rengit, Batu Pahat itu juga turut menampilkan tetamu khas sebagai panel.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dr. Nooh Gadot ketika menyampaikan ceramah kekeluargaan kepada peserta

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dr. Nooh Gadot ketika menyampaikan ceramah kekeluargaan kepada peserta

Salah seorang panel jemputan adalah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Dr. Nooh Gadot serta pasangan suami isteri yang dinobatkan sebagai Tokoh Ibu Bapa Mithali Peringkat Negeri Johor 2017, Yusof Karim serta isteri.

“Pentingnya kita menjaga keharmonian agama dalam rumahtangga kerana agama adalah kunci kepada kebahagiaan.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas ketika merasmikan program

Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas ketika merasmikan program

“Selain itu, didikan agama juga penting dalam kekeluargaan supaya anak-anak menjadi insan yang sentiasa menghormati orang tua.

“Kita juga jangan sesekali membiarkan perhubungan sejenis menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat kerana Allah S.W.T sangat membenci perkara ini sehingga membinasakan kaum yang terdahulu dan sebagai umat seagama, kita perlu mencegah perkara ini dari terus berleluasa sehingga menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T.,” ujar Nooh Gadot ketika memberikan ceramah kekeluargaan.

Sebahagian peserta yang terlibat

Sebahagian peserta yang terlibat

Program diadakan bertujuan memberikan pendedahan serta pendidikan kepada peserta tentang kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga.

Para peserta turut diberi peringtan tentang keperluan setiap pasangan mematuhi lunas-lunas perundangan syariah yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan di bawah Enakmen Keluarga Islam Johor.

Nadziruddin Embi turut mengambil peluang menyertai program sebagai persediaan berumahtangga

Nadziruddin Embi turut mengambil peluang menyertai program sebagai persediaan berumahtangga

Menurut Muhammad Nadziruddin Embi, 23, dari Taman Soga Batu Pahat ketika ditemui berkata amat kagum dengan program sebegini kerana ia memberikan pendedahan baharu kepada dan masyarakat tentang hal ehwal kekeluargaan dari perspektif agama Islam.

“Sebagai individu yang masih bujang serta bakal berumah tangga kelak, perkongsian sebegini dapat mematangkan diri saya daripada pelbagai aspek ke arah melahirkan sebuah keluarga yang sakinah dan bahagia” ujarnya.

Peserta yang terlibat terdiri dari pelbagai lapisan umur

Peserta yang terlibat terdiri dari pelbagai lapisan umur

Selain itu, pengisian program turut diselitkan slot berkaitan Khidmat Bantuan Guaman Syarie Negeri Johor dalam memastikan masyarakat mendapat maklumat tentangnya.

Khidmat Bantuan Guaman Syarie berfungsi sebagai medium untuk membantu masyarakat yang memerlukan khidmat tersebut dalam keadan yang tertentu di masa-masa akan datang.

Yusof Karim berkongsi ilmu mendidik anak-anak sehingga berjaya

Yusof Karim berkongsi ilmu mendidik anak-anak sehingga berjaya

Khidmat bantuan guaman Syarie yang diwar-warkan bukan sahaja berfungsi dalam urusan perceraian atau tuntutan fasakh sahaja malah ia dapat membantu di dalam proses tuntutan harta serta banyak lagi di dalam ruang lingkup perundangan syarie tertakluk di bawah Enakmen Syariah Negeri Johor.

Turut hadir Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas dan Penghulu Mukim Sungai Punggur, Ishak Siraj.

-EM

Tinggalkan komen anda