Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

APMM Serius Tangani Pencerobohan Bot Nelayan Asing

By 18 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/foto: Evianne Kin / Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah serius dalam usaha menangani pencerobohan bot-bot nelayan asing yang memasuki kawasan perairan negeri ini.

Timbalan Pengarah Operasi Negerinya, Kapten Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Julai, sebanyak enam kes yang ditangkap di Kudat membabitkan penahanan 40 orang nelayan asing.

“APMM juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Perikanan Sabah dalam hal ini dan baru-baru ini di Kudat, diadakan proses penenggelaman bot nelayan asing yang telah di lucut hak.

“Selain itu, pihak APMM akan terus merancang program-program sedemikian bagi menunjukkan betapa seriusnya usaha kami untuk membanteras aktiviti pencerobohan bot warga asing,” katanya kepada media.

Asmawati ketika menyempurnakan gimik perasmian

Asmawati ketika menyempurnakan gimik perasmian

Beliau berkata demikian sempena Kejohanan Menembak dan Hari Apresiasi Media Maritim Negeri Sabah dan Labuan di Lapang Sasar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar.

Dalam program yang sama seramai 15 pengamal media turut diberi peluang untuk menyertai acara menembak bagi menghargai sumbangan pihak media.

-ER

Tinggalkan komen anda