Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Keprihatinan Wakil Rakyat Bantu Masyarakat

By 18 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto:Nurazreen Abd Rahman (Seberang Prai Utara)

BERTAM, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Hujan lebat 2 hari lepas telah menyebabkan beberapa kawasan Permatang Bertam dinaiki air dan telah meresahkan penduduk dikawasan terbabit. Masalah ini telah diajukan kepada Pusat Khidmat Adun Bertam untuk dibawa kepada pihak berkenaan.

Berdasarkan kepada aduan rakyat kawasan tersebut, YB Khaliq Mehtab Mohd Ishak telah mengaturkan satu perjumpaan serta lawatan ke kawasan terbabit untuk melihat sendiri masalah yang berlaku. Wakil dari agensi kerajaan turut dipanggil seperti Pejabat Daerah Tanah Seberang Prai Utara, Pejabat Penerangan Daerah Seberang Prai Utara, Sekolah KAFA Permatang Bertam, MPKK Kampung Bertam serta Komuniti Harapan Malaysia(KHM) Permatang Bertam.

Hasil daripada perbincangan dan lawatan ke kawasan terbabit mendapati masalah sistem perparitan air buangan telah tersekat kerana dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh segelintir penduduk. Hal ini menyebabkan limpahan air apabila berlaku hujan lebat.

Tinjauan YB Khaliq Mehtab Mohd Ishak bersama penduduk

Tinjauan YB Khaliq Mehtab Mohd Ishak bersama penduduk

Untuk penyelesaian jangka pendek, Khaliq mencadangkan kepada pemimpin setempat untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar sistem perparitan tersebut dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seberang Prai(MPSP). Bagi perancangan jangka panjang pula, beliau akan memohon bantuan dari agensi di Jabatan Perdana Menteri untuk menambah baik sistem peparitan kerana ia melibatkan kos yang tinggi

Menurut beliau lagi, Pusat Khidmat akan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat di Bertam agar dapat menjalani kehidupan yang selesa.

-II-

Tinggalkan komen anda