Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Dr Taufiq Memulakan Tugas Sebagai Naib Canselor UMS Ke-Enam

By 31 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Roshidayah Idris/ Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Profesor Dr Taufiq Yap Yun Hin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-enam menggantikan Profesor Datuk Dr D. Kamarudin D. Mudin berkuat kuasa 30 Julai ini hingga 29 Julai 2022.

Penyerahan nota serah tugas D Kamarudin (kiri) kepada Taufiq

Penyerahan nota serah tugas D Kamarudin (kiri) kepada Taufiq

Menurut Taufiq, beliau bersedia menjalankan amanah yang diberikan dan akan memberi tumpuan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di universiti tersebut. 

“UMS akan meningkatkan kerjasama dengan pemain industri di negara ini khususnya yang ada di Sabah dan antarabangsa supaya program pengajian kita dapat diolah dan disesuaikan dengan kehendak pasaran.

Taufiq menandatangani surat terima tugas.

Taufiq menandatangani surat terima tugas.

“Dengan demikian, kita dapat melahirkan graduan yang berkualiti tinggi bagi memenuhi kekosongan pekerjaan. 

“Bagi tujuan tersebut kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutamanya kerajaan negeri bagi memastikan tenaga kerja yang dibentuk dapat memenuhi aspirasi,” katanya pada Majlis Serah Tugas Naib Canselor UMS, pada Rabu. 

Taufiq memakai jubah Naib Canselor UMS simbolik kepada pelantikannya sambil dibantu oleh D Kamarudin (kiri).

Taufiq memakai jubah Naib Canselor UMS simbolik kepada pelantikannya sambil dibantu oleh D Kamarudin (kiri).

Taufiq, 51, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, sebelum ini adalah Profesor di Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sepanjang perkhidmatannya, Taufiq pernah menerima beberapa anugerah antaranya Top Malaysian Scientists 2014, Anugerah Khas Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 2018, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM 2018 serta Malaysia’s Research Star Award 2018.

Taufiq (tengah) merakamkan gambar bersama Yusof (kanan) dan D Kamarudin (kiri).

Taufiq (tengah) merakamkan gambar bersama Yusof (kanan) dan D Kamarudin (kiri).

Beliau juga aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Selangor, Presiden Malaysian Catalysis Society dan Presiden Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA).

Turut hadir dalam majlis ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Yusof Yacob;  Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk KY Mustafa; Mantan Naib Canselor UMS ke-lima, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dan Mantan Naib Canselor ke-empat, Profesor Datuk Dr Harun Abdullah.

ER

Tinggalkan komen anda