Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Gobind Wira Pasukan Pusat Kebajikan Puchong Tewaskan Dugong All Stars

By 21 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norfarhana Mohd Zainal Abidin/U.A Kulasiri U.A Jinadasa (Petaling)

PUCHONG, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, muncul wira pasukannya Pusat Kebajikan Puchong apabila berjaya menewaskan pasukan Dugong All Stars di Padang Awam MPSJ Puchong Indah, di sini semalam.

Perlawanan yang dimulakan pada pukul 5.00 petang itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi jaringan 6-6 dan pengadil memutuskan untuk sepakan penalti bagi penentuan pemenang.

Pasukan Pusat Kebajikan Puchong yang diketuai oleh Gobind, berjaya menewaskan pasukan lawan dan lebih manis Gobind turut menyumbang gol kemenangan dengan menyempurnakan sepakan ketika penentuan sepakan penalti.

Gobind (kanan) menandatangani pada bahan pameran sambil disaksikan Pengarah Penerangan Selangor Devaraj Subramaniam (kiri).

Gobind (kanan) menandatangani pada bahan pameran sambil disaksikan Pengarah Penerangan Selangor Devaraj Subramaniam (kiri).

Selain Gobind, perlawanan amal ini turut melbatkan Senator Suresh Singh, ahli-ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang mewakili Pusat Kebajikan Puchong manakala Dugong All Stars membarisi artis-artis tempatan seperti Tomok selaku ketua pasukan, Roy Azman, Johan, DJ Ray daripada Radio Era, Zahid AF, Ali Puteh dan artis-artis tempatan lain.

Perlawanan ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser di Parlimen Puchong.

Jabatan Penerangan Malaysia turut membuat pameran ‘Malaysia Baharu’ bagi menyampaikan maklumat kepada pengunjung yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Pameran oleh agensi kerajaan dan swasta turut diadakan antaranya dari PDRM, Bomba, Astro dan Team Selangor (Pasukan Sukarela Kerajaan Negeri Selangor).

-SH

Tinggalkan komen anda