Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ Menuju Negara Rahmat

By 20 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Konvensyen Nadwah Ulama Nahdhan Jadidan (Nunji) 2019 atau Himpunan Ilmuwan (Ulama) Kebangkitan Baharu yang berlangsung hari ini menjadi medan kepada kerajaan untuk memperjelaskan kepada rakyat berkaitan Gagasan Rahmatan Lil Alamin dalam usaha mendaulatkan agama Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata fokus utama konvenyen kali ketiga itu adalah untuk memberi penerangan secara jelas kepada rakyat tentang konsep Gagasan Rahmatan Lil Alamin iaitu konsep yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat agar dapat bersama dalam menjayakan gagasan kerajaan baharu ini.

“Teras Rahmatan Lil Alamin dan pemikiran berasaskan Maqasid Syariah yang beracuankan negara Malaysia akan menjadi fokus pada era Malaysia Baharu ini, di mana Islam difahami dengan kerangka yang luas dan menjadi rahmat kepada semua.

Kehadiran peserta dari seluruh Malaysia.

Kehadiran peserta dari seluruh Malaysia.

“Segala permasalahan yang timbul harus melalui proses perbincangan dalam mencari penyelesainya, tidak terus menghukum orang lain sebaliknya memberi peluang dan ruang untuk mereka berbincang secara adil dan terbuka,” katanya ketika berucap sempena seminar tersebut, di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning Zairi Suboh, Konvensyen bertemakan ‘Mengisi Kemenangan, Memartabatkan Islam’ ini diharap dapat memberi pencerahan kepada rakyat berkaitan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan baharu dalam mendaulatkan Islam.

“Ia bukan hanya sekadar satu slogan sebaliknya satu perkara penting yang menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakan amanah yang telah diberi rakyat dalam Malaysia Baharu,” katanya.

Salahuddin (berbaju biru) bersalaman dengan peserta Nunji 2019 yang hadir di MITC Ayer Keroh.

Salahuddin (berbaju biru) bersalaman dengan peserta Nunji 2019 yang hadir di MITC Ayer Keroh.

Nunji 2019 yang berlangsung di Melaka International Trade Center (MITC) telah menarik lebih 1300 orang peserta seluruh negara dalam mendengar penerangan para ilmuwan dan ahli akademik memperhalusi isu-isu kenegaraan berpaksikan pedoman syarak.

Antara pembentang kertas kerja terlibat, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Merakyatkan Maqasid), Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Rasisme & Malaysia Baharu ke Mana Arah Kita?), Ustaz Ahmad Fauwas Fadzil Noor (Politik Ghuluw: Barah dalam Masyarakat) dan Dr. Rozaimi Ramle (Mengisi Kemenangan, Memartabatkan Islam).

Konvensyen telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden AMANAH merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, dan turut hadir Penasihat Akademi Nunji Datuk Seri Ahmad Awang.

-SH

Tinggalkan komen anda