Laporan/ foto : Ahmad Faiz Mansur, Mawarni Binti Ismail (Daerah Barat Daya)
BALIK PULAU, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Lukisan Mural di dinding tiga buah flat disekitar Balik Pulau Pulau berjaya menarik perhatian penduduk sekitar dan pelancong. Kerja-kerja lukisan mural dinding flat ini dilaksanakan oleh Balai Seni Negara yang turut menampilkan bakat-bakat pelukis anak tempatan yang melukis mural tersebut.
Tiga buah flat telah dipilih untuk diabdikan lukisan mural tersebut iaitu Flat Hijau, Flat Taman Seri Indah dan Flat Lily Garden. Pemilihan gambar mural di semua tempat adalah pilihan penduduk setempat yang menerapkan ciri-ciri tradisional dan nilai estetika yang berkaitan dengan Balik Pulau.
Ketua Projek lukisan mural berkenaan adalah Encik Khazrul bin Shahrudin, Penolong Kurator Kanan dari Balai Seni Negara. Beliau berkata, “Sebanyak 60 tin cat 7 dan 11 liter digunakan bagi menyiapkan lukisan mural di dinding flat setinggi lima tingkat.” Pihak mereka juga turut menggunakan khidmat pelukis tempatan antaranya Acit Raman Abdullah, Andhar A. Samah dan Nash Art. Projek ini bermula pada 11 Julai yang lalu dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 21 Julai 2019.
Seorang Penduduk Flat Lily Garden yang ditemui Puan Jamilah Binti Abdullah, 63 tahun berkata, “Penduduk di kawasan flat ini berasa amat gembira kerana persekitaran flat mereka kini lebih ceria dan menjadi tumpuan orang luar yang datang ke sini untuk bergambar di dinding mural flat berkenaan.”
Projek lukisan mural ini adalah ilham dari Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancong, Seni dan Budaya Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau bersempena program Balik Pulau Festival yang diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau bermula 19 hingga 21 Julai 2019.
-II-