Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

IKS Dibantu Secara Berterusan – Amirudin

By 2 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SEPANG, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyatakan untuk pengusaha-pengusaha industri kecil sederhana (IKS) sebenarnya kerajaan negeri membantu mereka secara berterusan sama ada melalui Dana Usahawan Mikro dan juga tidak ketinggalan Dana Hijrah sebelum ini.

“Saya sedang meneliti lagi beberapa produk-produk keusahawanan di peringkat persekutuan yang sebelum ini akses kita agak terhad termasuk dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya yang saya percaya boleh diberikan bantuan sokongan kepada mereka terutamanya untuk memenuhi permintaan,” ujar Amirudin.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020 (TMS2020) dan Festival Kebudayaan Dan Warisan bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 29 Jun lepas.

Tambah beliau lagi, “dari segi kualiti makanan, saya percaya makanan itu sangat sedap dan mempunyai kualiti tersendiri tetapi untuk mengeluarkan dalam jumlah yang besar, memang mereka ini memerlukan suntikan-suntikan tertentu”.

Amirudin turut memberitahu media di mana setakat ini, Hijrah dan Dana Usahawan Mikro adalah bantuan yang diberikan kepada industri-industri kecil ini dan bantuan yang tertinggi adalah sebanyak RM50,000 dan yang lain adalah sebanyak RM30,000 dan RM5,000 dan nilainya ini tidak begitu besar tetapi kalau dapat dibincangkan dengan kerajaan pusat terutamanya MARA dan beberapa institusi lain, ia dapat membantu beberapa industri kecil di Sepang ini yang mengeluarkan makanan seperti kerepek dan makanan ringan yang lain.

Turut hadir sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad, Raja Azmi Raja Nazuddin.

-NAZ

Tinggalkan komen anda