Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MPS Sambut Hari Penguatkuasa 2019

By 2 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Sambutan Hari Penguatkuasa 2019 sempena Perhimpunan Bulan Julai di Dataran MPS, Bandar Baru Selayang, hari ini.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, sambutan tersebut merupakan kali pertama diadakan secara besar-besaran melibatkan seluruh warga MPS sejak diwujudkan 37 tahun lalu.

“Tujuan sambutan bagi memperingati penubuhan Jabatan Penguatkuasa yang telah lama menyumbang khidmat di MPS iaitu selama 37 tahun sejak tertubuhnya Majlis Daerah Gombak.

“Ia juga sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota penguatkuasa MPS meningkatkan lagi keazaman, mutu kerja demi kemajuan dan kecemerlangan agensi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persembahan Tambo daripada Pasukan Tambo Rejimen 502 Askar Wataniah Angkatan Tentera Malaysia.

Persembahan Tambo daripada Pasukan Tambo Rejimen 502 Askar Wataniah Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, sambutan tersebut dirasmikan Timbalan Yang Di-Pertua MPS, Datuk Dr Juhari Ahmad bersama 150 orang anggota penguatkuasa dan 250 warga MPS yang turut serta memeriahkan majlis.

Perbarisan anggota penguatkuasa MPS semasa Sambutan Hari Penguatkuasa 2019.

Perbarisan anggota penguatkuasa MPS semasa Sambutan Hari Penguatkuasa 2019.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuk perbarisan,, kawad senyap, persembahan Tambo oleh Pasukan Tambo Rejimen 502 Askar Wataniah Angkatan Tentera Malaysia dan demonstrasi tunda kenderaan.

“Selain itu, turut diadakan pemakaian pangkat kepada Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Norhayati Ahmad serta penyampaian Anugerah Khas untuk dua anggota yang telah berkhidmat selama 37 tahun,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda