Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

JAPEN Tumpat Sebar Luas Inisiatif Kerajaan Melalui Agensi Kerajaan dan Pemimpin Tempatan

By 25 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto : Fadli Muhamad (Tumpat)

TUMPAT, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan terus mempergiatkan penyampaian maklumat berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat melalui penganjuran program Pengimaran Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Derah Tumpat yang mensasarkan agensi Kerajaan dan pemimpin setempat sebagai saluran atau agen.

Maklumat berkaitan Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim My Salam), Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma, Program Sukarela Insentif Suri (i- suri KWSP), Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH), Subsidi Minyak Tersasar, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan isu-isu semasa telah disampaikan kepada ketua Jabatan dan kakitangan awam yang terdiri dari 36 Agensi Persekutuan dan Negeri, NGO dan pemimpin masyarakat setempat Daerah Tumpat.

Seramai 60 peserta hadir mengikuti sesi taklimat dan pencerahan berkaitan inisiatif-inisiatif tersebut. Seterusnya maklumat tersebut akan disampaikan pula kepada orang ramai di ruang lingkup bidang masing-masing.

Pendekatan ini diambil bagi memastikan semua golongan rakyat yang layak tidak terlepas daripada maklumat dan manfaat yang akan dipasarkan oleh agensi berkaitan yang berurusan dengan rakyat.

Ustaz Abdullah turut ditemubual oleh pihak Kelantan FM berkaitan maklumat yang disampaikan dan manfaat kepada masyarakat.

Ustaz Abdullah turut ditemubual oleh pihak Kelantan FM berkaitan maklumat yang disampaikan dan manfaat kepada masyarakat.

Menurut seorang peserta yang ditemui Abdul Razak Bin Salleh, 55, Imam Muda Masjid Arrahman Palekbang, beliau amat berterima kasih kerana dilibatkan sama dalam program ini, di mana beliau memahami maklumat dan isu yang diperkatakan secara jelas.

“Saya dijemput oleh pihak penganjur untuk menyertai program ini dan kini saya lebih faham berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat. Maklumat ini akan disampaikan pula kepada anak mukim saya nanti semasa khutbah Jumaat dan dalam program lain yang melibatkan anak mukim di masjid”, katanya lagi.

Peserta terdiri dari Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ngo's dan Pemimpin Masyarakat.

Peserta terdiri dari Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ngo’s dan Pemimpin Masyarakat.

“Jabatan Penerangan telah memainkan peranan dalam memastikan maklumat berkaitan dasar dan perancangan kerajaan seperti mana inisiatif ini kepada rakyat”, ujar Puan Siti Morni Binti Hamzah, 42, Pegawai AADK Tumpat.

Manakala Pegawai Imigresen ICQS Pengkalan Kubor, Khuzaimah Binti Khairul Firdaus, 39, berkata, jabatan dan agensi serta pelbagai pihak juga perlu memainkan peranan dalam memastikan maklumat ini sampai kepada masyarakat kampung yang berhak menerima inisiatif kerajaan ini.

“Demi memastikan segala dasar dan perancangan kerajaan ini berjaya, kepentingan diri dan perbezaan politik harus diketepikan demi kebaikan bersama,” ujar Khuzaimah di akhir sesi soal jawab.

-NAZ

Tinggalkan komen anda