Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jom Makan Kenduri Pulut Durian Peruntukkan Lebih 400 Kilogram ‘Raja Buah’

By 12 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Othman Ariff/Zurina Saad (Yan)

GUAR CHEMPEDAK, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Lambakan raja buah sejak belakangan ini khususnya di daerah Yan, memberikan peluang kepada Persatuan Komuniti Teroi Bukit dengan kerjasama Koperasi Keluarga Said Derani Kedah Berhad dan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, ANGKASA menganjurkan program Jom Makan Kenduri Pulut Durian.

Program yang mendapat sambutan ramai oleh masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan itu telah memperuntukkan lebih 400 kilogram buah durian bagi meraikan tetamu yang hadir ke kediaman Zakaria Said atau lebih mesra digelar ‘Bang Yan’ di Kampung Teroi Bukit.

Menurut Setiausaha Koperasi Keluarga Said Derani, Zamri Said, program ini diadakan bertujuan memperkenalkan Kampung Teroi Bukit kepada umum selain daripada mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

“Selain daripada menghidangkan pulut durian beserta kelapa parut dan ikan kering kepada pengunjung secara percuma, jualan buah-buahan tempatan dengan harga yang murah juga turut diadakan seperti betik, manggis dan rambutan.

“Sebahagian daripada keuntungan jualan tersebut akan disumbangkan ke dalam Tabung Kebajikan, Keselamatan dan Bencana Kampung Teroi Bukit yang dikendalikan oleh Persatuan Komuniti Kampung Teroi Bukit,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Datuk Fattah Abdullah, dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak Datuk Wira Dr Ku Rahman Ku Ismail.

-SH

Tinggalkan komen anda