Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Outreach Sains’ Pupuk Minat Pelajar dalam Bidang Sains

By 12 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Rosidah Abdollah (Sarawak)

KUCHING, 12 Julai (Malaysiaaktif) – Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) mengadakan Program Science-sational bagi sekolah luar bandar di SK Long Semadoh, Lawas yang telah berlangsung selama tiga hari  berjalan dengan jayanya, baru baru ini..

Program buat julung kalinya diadakan di Utara Sarawak yang melibatkan beberapa sekolah kebangsaan (SK) iaitu di SK Long Semadoh, SK Long Sukang, SK Long Luping Dan SK Ba’ Kelalan melibatkan murid-murid terdiri dari tahun empat hingga enam.

Menurut Pengarah IPGKTAR, Puan Anis Alisya Abdullah, Objektif utama program Outreach Sains adalah untuk menyediakan peluang dan pengalaman belajar Sains secara menyeronokkan di luar dari rutin pembelajaran dalam bilik darjah.

Peserta Program merakamkan gambar kenangan bersama para pensyarah IPGKTAR, Fasilitator dari University Of Otago, Urusetia, serta guru-guru

Peserta Program merakamkan gambar kenangan bersama para pensyarah IPGKTAR, Fasilitator dari University Of Otago, Urusetia, serta guru-guru

Selain itu IPGKTAR melalui Jabatan Sains telah menyediakan sebuah Manual Aktiviti Sains yang direkabentuk berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahap dua, tambah beliau.

Manual ini menekankan elemen-elemen Kemahiran Proses Sains, Pembelajaran Sains Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Abad ke-21.

Di samping itu, diharap dapat menjadi pencetus idea bagi guru-guru di sekolah pedalaman melaksanakan aktiviti hands-on dan minds-on dalam pengajaran  mereka di sekolah.

Beliau menjelaskan,Program Outreach Sains kali ini merupakan program kolaboratif  IPGKTAR bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lawas dan University Of Otago, New Zealand dengan kerjasama Yayasan Sarawak,jelasnya lagi.

Salah Seornag fasilitator University Of Otago membimbing pelajar bawah seliaan beliau

Salah Seornag fasilitator University Of Otago membimbing pelajar bawah seliaan beliau

Rombongan program ini, terdiri daripada Ketua Jabatan Sains dan dibantu oleh empat orang pensyarah Jabatan Sains diketuai oleh Pengarah Puan Anis Alisya Binti Abdullah manakala dari Pihak University Of Otago pula seramai 13 orang diketuai oleh Dr Dave Warren.

“Kejayaan IPGKTAR mengadakan program ini di SK Long Semadoh adalah atas sokongan padu dan kesungguhan Pengarah IPGKTAR Puan Anis Alisya Abdullah dan usaha keras pihak PPD Lawas terutamanya Puan Dolphina Balang, SiSC+ dari PPD Lawas serta kerjasama Dr Dave Warren selaku ketua rombongan dari University Of Otago.

Aktiviti sepanjang program telah dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu aktviti Eksplorasi Sains menggunakan Manual Aktiviti Sains yang dihasilkan oleh jabatan Sains IPGKTAR, aktiviti berunsurkan fun learning bersama Universitiy Of Otago dan sesi perkongsian IBSE oleh Pensyarah IPGKTAR bersama guru-guru Sains dari 4 buah sekolah yang terlibat.

Penglibatan murid-murid dan guru-guru dalam semua aktiviti adalah sangat positif dan aktif. Kerjasama dan sokongan dari pihak PIBG SK Long Semadoh juga amat baik. Adalah diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Tinggalkan komen anda