Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keunikan Seni Tulisan Khat Jadi Tumpuan Sultan Johor

By 21 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Mohd Najib Mohaini, Mohd Famir Roheni (Muar)

MUAR, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Keunikan seni tulisan khat yang tampak unik dengan lenggok hurufnyza yang tersendiri berjaya menarik perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari pertama siri jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 di sini, semalam.

Baginda yang tiba di Maharani Uptown sekitar pukul 4 petang tidak melepaskan peluang untuk turut mencuba menulis kaligrafi Islam itu.

Di lokasi keempat siri KMJ 2019 ini, baginda turut menyaksikan pertunjukan permainan tradisional masyarakat Cina seperti permainan mahjong, permainan karom dan permainan dam Cina.

Baginda turut menyaksikan pertunjukan permainan mahjong oleh Masyarakat Cina di Bandar Muar.

Baginda turut menyaksikan pertunjukan permainan mahjong oleh Masyarakat Cina di Bandar Muar.

Sementara itu, keletah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Al-Haj yang mencemar duli dengan menyertai aktiviti bermain boling kelapa turut mencuit hati rakyat.

Inilah yang dikatakan bila anak raja masuk kampung, apa jua perbuatan mereka memang menarik perhatian dan menggembirakan hati rakyat.

Baginda serta rombongan KMJ 2019 telah meluangkan masa selama lebih kurang satu jam dibawa melihat beberapa lokasi menarik di sepanjang Bandar Maharani sebelum berangkat pulang ke Istana Muar sebelum meneruskan konvoi pada hari berikutnya.

Turut berangkat dalam siri KMJ pada tahun ini ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

-NI-

Tinggalkan komen anda