Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kitar Semula Didik  Pelajar Menjadi Lebih Kreatif

By 14 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/Ariza Bin Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

BERTAM, 14 Julai (Malaysiaaktif) – Selaras dengan visi Pulau  Pinang 2030 berorentasikan  Kekeluargaan, Hijau dan Pintar, satu program telah diadakan oleh pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan  Kepala Batas iaitu Program Recyclethon 2019.

Program ini merupakan susulan daripada Program  ‘Waste Free School'(WFC) yang bermatlamatkan menyelamatkan dan mengurangkan pembuangan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dr. Mahanom Mat Sam. Dalam ucapannya, Beliau menegaskan bahawa program seperti ini dapat meningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam mengayakan hasil pembelajaran para pelajar.

Pelancaran Program Recyclethon di SMK Kepala Batas oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dr. Mahanom Bt Mat Sam bersama YB Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

Pelancaran Program Recyclethon di SMK Kepala Batas oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dr. Mahanom Bt Mat Sam bersama YB Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

“Masyarakat  tidak seharusnya bergantung kepada kemudahan teknologi semata-mata tetapi  kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran dapat mempertingkatkan keupayaan dan kualiti pelajar dalam proses pendidikan” tambah beliau.

Turut hadir bersama dalam memberikan sokongan untuk menjayakan program ini adalah Ahli Undangan Negeri kawasan Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Pengarah Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara Masri Abdullah.

Bagi peserta  program Recyclethon, Adik Nur Batrisya Aliah 15 tahun, beliau berasa seronok kerana dapat bersama rakan-rakan lain turun ke rumah-rumah untuk menjayakan program ini. “Mula-mula saya berasa segan untuk mengutip bahan-bahan kitar semula ini, namun di atas tunjuk ajar guru dan sokongan masyarakat setempat menyebabkan saya berasa seronok pulak dengan aktiviti ini.” ujarnya yang telah berjaya mengumpulkan 5kg beg bekas plastik dan surat khabar lama bersama rakan-rakannya.

Dalam program Recyclethon ini para pelajar dan guru-guru sekolah telah bersama-sama berganding bahu bergerak dari rumah ke rumah di sekitar kawasan sekolah bagi mendapatkan dan mengumpul bahan terpakai seperti botol, tin dan kertas untuk di kitar semula. Hasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang hijau lagi bersih dan usaha berterusan diperlukan sehingga ia menjadi gaya hidup rakyat untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Tinggalkan komen anda