Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majukan Usahawan Mikro Menerusi KUWAN 2019

By 14 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 26 pempamer terdiri daripada usahawan mikro Dana Niaga dan Kelas Rancangan Usahawan Johor Corporation (JCorp) berpeluang mengetengahkan produk perniagaan mereka di samping mewujudkan hubungan kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan menerusi penganjuran Karnival Usahawan Waqaf An-Nur 2019 (KUWAN 2019).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Sheikh Omar Bagharib Ali, kerajaan negeri menyambut baik usaha JCorp ini yang selari dengan hasrat dan strategi kerajaan negeri yang mahu membantu dan membangunkan golongan usahawan, terutamanya orang muda dalam bidang keusahawanan.

“Penganjuran karnival seperti ini juga dilihat sebagai medium bagi memudahkan para usahawan berkongsi ilmu, maklumat, cadangan perniagaan untuk faedah bersama.

Penganjuran Karnival Usahawan Waqaf An-Nur 2019 (KUWAN 2019) mampu menjadi medium bagi memudahkan para usahawan berkongsi ilmu, maklumat, cadangan perniagaan untuk faedah bersama - Sheikh Omar Ali.

Penganjuran Karnival Usahawan Waqaf An-Nur 2019 (KUWAN 2019) mampu menjadi medium bagi memudahkan para usahawan berkongsi ilmu, maklumat, cadangan perniagaan untuk faedah bersama – Sheikh Omar Ali.

“Kita juga maklum bahawa keusahawanan merupakan salah satu bidang yang amat penting untuk pertumbuhan ekonomi setempat dan meningkatkan taraf hidup komuniti,” jelasnya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Waqaf An-Nur 2019, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, JCorp menerusi syarikat kumpulannya, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) berjaya memanfaatkan 444 usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan menerusi skim pembiayaan tanpa faedah patuh syariah iaitu Dana Niaga bernilai RM1.05 juta sejak 2007.

“Usahawan-usahawan berdaya saing yang menerima pembiayaan Dana Niaga ini juga akan dibimbing menerusi Kursus Pembangunan Usahawan meliputi pelbagai modul seperti pengurusan perniagaan, motivasi serta pemasaran.

JCorp menerusi syarikat kumpulannya, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) berjaya memanfaatkan 444 usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan menerusi skim pembiayaan tanpa faedah patuh syariah iaitu Dana Niaga - Kamaruzzaman.

JCorp menerusi syarikat kumpulannya, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) berjaya memanfaatkan 444 usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan menerusi skim pembiayaan tanpa faedah patuh syariah iaitu Dana Niaga – Kamaruzzaman.

“JCorp menyediakan skim pembiayaan Dana Niaga bermula daripada RM3,000 hingga RM7,000 kepada usahawan mikro dengan tempoh pembiayaan sehingga tiga tahun, dengan syarat perniagaan yang dijalankan adalah patuh syariah dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” tambahnya.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat adalah Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, TEKUN Nasional, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Perbadanan Usahawan Johor.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kempas Datuk Osman Sapian.

-SH

Tinggalkan komen anda