Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Esteekay Ungguli Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Selangor 2019

By 17 Julai 2019Julai 19th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin & U.A Kulasiri U.A Jinadasa (Selangor)

BANDAR SERI PUTRA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Selangor telah melabuhkan tirainya pada 6 Julai lepas dan telah menyaksikan Kumpulan Esteekay dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang menggungguli dan menjuarai pertandingan ini.

Esteekay selaku johan pada pertandingan kali ini telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 berserta plak dan sijil penyertaan. Menurut wakil Esteekay, beliau dan ahli kumpulan yang lain berasa bangga dengan kemenangan ini dan pada tahun ini melayakkan mereka untuk berentap di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 26 hingga 28 Julai ini.

Pertandingan pada kali ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

“Penganjuran program seperti ini adalah satu usaha yang sangat murni kerana pertandingan seumpama ini akan meningkatkan pemahaman serta pengetahuan pelajar berkenaan Rukun Negara”.

“Ini merupakan platform dalam usaha untuk memupuk para pelajar di bangku sekolah supaya memahami prinsip-prinsip Rukun Negara sekaligus mengaplikasikan dalam kehidupan seharian” kata Hasanuddin.

“Perpaduan yang kita miliki kini adalah hasil semua pihak yang berlandaskan prinsip Rukun Negara yang menjadi teras atau tunjang kepada negara dan lima prinsip yang terkandung ini harus terus dijunjung tinggi dan dimartabatkan di tempat yang selayaknya kerana itu ia menjadi teras dan memayungi perpaduan negara Malaysia,” ujar beliau.

Persembahan dari Kumpulan Esteekay

Persembahan dari Kumpulan Esteekay


 

Selain Esteekay sebagai johan pertandingan, naib johan telah dimenangi oleh Kumpulan Loyal Crest Talent dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan Anak-Anak Warisan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Penerangan Selangor, Devaraj A/L Subramaniam dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Radin Hashimah Binti Radin Hassan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda