Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PDRM, MCPF Gabung Tenaga Turun Padang

By 29 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M.Syafiq Saad /M. Syafiq Razi (Padang Terap)

LUBUK MERBAU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah menganjurkan program “Town Hall Discussion” bersama masyarakat Felda Lubuk Merbau.

Menurut Pengerusi MCPF Daerah Padang Terap Syed Fadzil Syed Embun, warga felda disarankan supaya bergerak aktif membantu Polis Diraja Malaysia dalam membenteras jenayah.

“Saya menyeru agar masyarakat melangkah seiring bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam urusan membenteras jenayah, dan sekiranya masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak polis, sudah pasti kadar jenayah dapat dikurangkan,” katanya di sini kelmarin.

Fadzil turut menjelaskan, semoga program sebegini dapat meningkatkan kesedaran secara berterusan kepada orang ramai bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama.

Seorang peneroka yang ditemui Badrullah Mahat, 65, amat bersetuju dan berjanji akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada PDRM dalam usaha membenteras jenayah.

“Program sebegini perlu dilaksanakan secara berkala, supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

“Ia juga amat bermakna kepada warga felda dan mesyarakat setempat kerana dapat bersemuka dengan pengurusan tertinggi dalam PDRM Daerah Padang Terap ini,” katanya kepada pemberita.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ASP Sokolinkam Anak Changgan, Ketua Bahagian Narkotik Daerah Insp. Abdul Halim Mohd Sajudi serta Ketua Bahagian Sistem dan Penguatkuasaan Trafik Insp. Mohd Firdaus Mahadi.

-SH

Tinggalkan komen anda