Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

PARK@PERAK Diterima Baik Rakyat

By 23 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Fandy Azlan (Ipoh)

IPOH, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Sistem aplikasi e-parking yang mula dilancarkan pada 1 Januari 2019 di Perak dan lebih dikenali sebagai PARK@PERAK mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai khususnya rakyat negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Perak Yong Choo Kiong, dalam tempoh enam bulan sahaja pengguna sistem PARK@PERAK ini telah mencecah sehingga 72,000 pengguna.

“Daripada 3,000 maklumbalas dan cadangan yang diterima, membuktikan bahawa PARK@PERAK ini telah lama ditunggu-tunggu oleh mereka.” ujarnya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu Chaw Kam Foon, ketika Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri yang ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Mengikut statistik pembelian dan penggunaan PARK@PERAK sejak ia diperkenalkan, sehingga enam bulan pertama ini saja, ia telah melebihi kutipan sebanyak RM1 juta.

“Pencapaian ini menunjukkan bahawa PARK@PERAK berpotensi tinggi untuk terus berkembang maju dan menjadi medium informasi dan pembayaran yang lebih komprehensif, prakikal dan interaktif kepada rakyat khususnya,” tambahnya.

Pembangunan dan pelaksanaan PARK@PERAK ini dibangunkan secara dalaman hasil usahasama kerajaan negeri bersama-sama dengan 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

-SH

Tinggalkan komen anda