Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelepasan Benih Udang Galah; Ajak Masyarakat Kongsi Nikmat

By 5 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto oleh : Nurul Wahida Mohd Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 5 Julai (Malaysiaaktif) – Program Pelepasan Benih Udang Galah anjuran Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang berlangsung baru-baru ini bertempat di Jeti Nelayan Kampung Terus. Program ini merupakan salah satu acara penting yang dilaksanakan secara berkala dan berterusan dalam kalender aktiviti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, bagi memastikan habitat udang galah tidak berkurangan.

Menurut Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang Noraisyah Abu Bakar, “menerusi program ini masyarakat umum khususnya nelayan akan memperolehi manfaat berikutan penambahan stok Udang Galah sekaligus meningkatkan pengeluaran yang mampu menjana pendapatan nelayan disini.

Dr Afif Bahardin ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Dr Afif Bahardin ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr. Afif Bahardin,  dalam ucapan perasmiannya menyentuh tentang ‘Kemakmuran Bersama’ yang disarankan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia agar segala nikmat dikongsi bersama sejajar dengan Transformasi Agromakanan di bawah Rancangan Malaysia ke-sebelas (RMKe-11).

Ini juga merupakan salah satu inisiatif pihak Kerajaan dalam membantu dan memastikan rakyat berada dalam keadaan sejahtera dan ia merupakan fokus untuk memastikan infrastruktur yang disediakan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Dr Afif, turut mengumumkan bahawa keuntungan yang bakal dikaut oleh nelayan hampir mencecah jutaan Ringgit Malaysia di mana Kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Seratus Ribu (RM 100,00.00) untuk benih Udang Galah yang dilepaskan ke perairan.

Beliau juga mengalu-alukan pihak swasta untuk berkerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan misalnya Jabatan Perikanan dalam melaksanakan aktiviti pengurusan dan pemulihan sumber bekalan hidupan laut sekaligus dapat menjaga biodervisiti secara keseluruhan.

Tajuddin Khalid, nelayan tempatan amat bersyukur dengan keprihatinan pihak Kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat terutamanya nelayan yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Beliau turut menyarankan masyarakat  untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada agensi-agensi yang terlibat mengenai bantuan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan untuk membantu rakyat.

Tinggalkan komen anda