Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pembinaan Sekolah Agama Al-Saadah Memastikan Kecemerlangan Pendidikan Islam

By 5 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

PENAGA, 5 Julai (Malaysiaaktif) – kerajaan komited dalam pembangunan sahsiah masyarakat di negeri ini, dengan  meneruskan projek membina sebuah bangunan baharu sekolah agama di kawasan Kuala Muda, Penaga. Majlis perasmian pecah tanah projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk ‘Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, selaku Exco Agama Negeri Pulau Pinang.

Projek pembinaan bangunan tersebut dijangka siap pada Jun 2020 dengan kos silingnya bernilai 1 juta Ringgit yang diperolehi dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

Timbalan Ketua Menteri 1 dalam ucapan nya pula berkata,”Selaras dengan matlamat dan visi khaira ummah cadangan penubuhan Kafa Menengah di Pulau Pinang akan dilaksanakan dengan segera supaya kecemerlangan dalam pendidikan Islam dapat di perluas kan di seluruh Negeri ini”.

Datuk 'Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis pecah tanah Sekolah Agama di Kuala Muda, Penaga

Datuk ‘Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis pecah tanah Sekolah Agama di Kuala Muda, Penaga

Menurut Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Al-Saadah, Hj Abdullah Yaacob, 55 tahun berkata, “Syukur Alhamdulillah kerana walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menyiapkan kertas kerja sekolah agama ini, akhirnya ianya dapat direalisasikan demi untuk pembangunan sahsiah anak-anak qaryah Kuala Muda ini.”

Bangunan yang diberi nama Sekolah Agama Al-Saadah tersebut akan mempunyai 3 tingkat bangunan yang mempunyai 8 bilik belajar, sebuah dewan, bilik guru dan 6 bilik tandas diletakkan di atas sebidang tanah lot yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP).

Kerja-kerja cerucuk dijangka akan dimulakan bulan Julai ini untuk memastikan bangunan tersebut disiapkan sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan.

Tinggalkan komen anda